lori Simen Tergolek Depan Mata, Lelaki Nyaris Maut Dihempap Ketika Menunggang Motosikal

Tidak semua orang diberikan peluang kedua dalam kehidupan seharian dan sebab itulah kita perlu menghargai setiap peluang yang ada apatah lagi jika ianya bermain dengan nyawa sendiri.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menceritakan semula tragedi hitam yang menimpa dirinya ketika sedang menunggang motorsikal mencuri perhatian ramai.

Lelaki ini yang lebih dikenali sebagai Mohd Nor Shafiee Nor Azam, 36 nyaris dihempap sebuah lori simen dalam kejadian kemalangan di Jalan Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, pada Isnin.

Memetik laporan mStar, bapa kepada dua cahaya mata itu menganggap ia sebagai kejadian yang sukar dilupakan dalam hidupnya.

“Saya nak pergi kerja dalam 9.30 pagi. Saya dari Setia Alam, menuju ke tempat kerja di Bangsar. Saya melalui Jalan Alam Budiman untuk keluar ke persimpangan Mokhtar Dahari.”

“Ketika menuju susur keluar, ada lampu isyarat di simpang tiga. Sebelum sampai saya dah nampak lori simen dari arah bertentangan masuk ke laluan saya. Ia terlalu laju, jatuh dan masuk ke laluan saya.”

“Saya dapat mengelak tapi ekor motor terkena lori. Sebab tu saya jatuh ke depan. Terseret dan tergolek, tapi bukan dengan lori,”

Difahamkan, Shafie hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

“Ada orang datang bantu angkat saya. Selepas kejadian, saya terus ke klinik berdekatan. Saya hanya alami luka dan bengkak pada tangan, kaki dan belakang badan. Tiada apa yang patah, cuma kecederaan luar.”


“Selepas itu saya juga pergi ke sebuah hospital untuk buat imbasan X-Ray. Motor juga dah dihantar ke bengkel. Motor saya rosak teruk tapi bukan total lost.”

“Antaranya cover set patah, tayar meletup, ekzos juga tercalar,” ujar pemilik motosikal Kawasaki Scrambler itu.”

Pada hari sama, dia turut membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Lepas tengok balik video tu, saya bersyukur sangat Allah beri peluang kedua, diberi umur panjang dan masih boleh hidup lagi. Dalam video nampak kena hempap.”

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur, doa anda semua juga menjadi sumbangan untuk saya terus sihat,” ujarnya yang bekerja dengan AwesomeTV.

Di laman Facebook, komen yang ditulis isteri Shafiee iaitu Noor Nazrah turut mencuri perhatian netizen.

“Allahuakhbar. Rider tu suami saya. Gigil satu badan baru tengok video ni. Allah Maha Baik suami saya selamat dan Allah lindungi.

“Hargailah orang yang kita sayang, bukan semua orang dapat peluang kedua. Terima kasih pada suami yang keluar kerja hujan panas mencari rezeki untuk kita.

“Selalu terlepas pandang benda macam ni. Alhamdulillah ala kulli hal. Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan,” tulis Noor Nazrah di ruangan komen Facebook.

Video dashcam yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)