Hidup Dengan Bantuan Baitulmal Demi Jaga Bapa Sakit, Melia Aimelia Harap Ada Pihak Ambil Berlakon

Siapa yang pernah menonton filem ‘Karipap-Karipap Cinta’ pada tahun 2011 pasti mengenali watak utama yang dibawakan oleh pelakon Melia Aimellia.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah membintangi beberapa drama yang berjudul ‘Ampunkan Daku’, ‘Silap Menghitung’, ‘Kalau Hati Sudah Suka’ dan ‘Menanti Hujan Teduh’ namun sudah beberapa tahun tidak muncul dalam dunia lakonan.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, pelakon berusia 28 tahun ini telah menyatakan hasrat untuk kembali menerima tawaran lakonan bagi menyara kehidupan keluarganya.

Memetik sumber, Melia mengatakan dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seni pada tahun 2012 itu adalah kerana menjaga bapanya yang sakit.

“Selepas tahun itu saya ada menerima tawaran tapi terpaksa tolak sebab keadaan ayah yang tidak sihat dan semakin teruk pada tahun 2020. Ayah terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali, sebabkan nak jaga ayah, saya ambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja dan tidak menerima tawaran berlakon…”

“Sejak itulah ramai menyangka saya terus mengilangkan diri, ada juga yang masih ingat dan bertanya keadaan saya…” katanya.

Menurut Melia, kerana tidak mempunyai sumber pendapatan dia hanya mampu bergantung dari ihsan orang ramai dan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, selebriti ini mengatakan perkara yang paling penting pada saat ini adalah untuk mencari rezeki tetap dalam industri seni.

“Saya tidak mempunyai sumber pendapatan pada saat ini kerana tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumbangan daripada ihsan orang ramai dan pihak Baitumal.”

”Kalau ada rezeki saya dalam industri seni ini. Insya Allah….. jika tiada, tak apa mungkin belum rezeki sava!..Cumanya untuk sekarang ini memang keutamaan saya adalah bidang lakonan sebagai sumber pendapatan yang tetap…” ujarnya.

Sementara itu, Melia menjelaskan matlamatnya untuk berkongsi tentang kehidupannya itu adalah kerana tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat dan dianggap hanya meminta simpati serta bantuan.

Dalam pada masa yang sama, dia juga berharap kini ada berita mengenai dirinya sekaligus bakal membuka kembali ruang untuk menerima sebarang tawaran.

“Mungkin ada sesetengah pihak berfikir saya ada masalah attitude sebab selalu tolak tawaran lakonan tapi sebenarnya saya yang dah tak tahu rentak industri sekarang ini. Sekurang-kurangnya apabila keluar berita mengenai saya ini dapatkan membantu menguar-uarkan kepada produksi dan orang ramai mengenai keberadaan saya…”

“Saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan demi menyara kehidupan keluarga,” jelasnya.