6 Bulan Menjadi Usahawan, Fatin Afeefa Berjaya Miliki Kereta Mercedes Benz

Seperti yang kita tahu, ramai selebriti tanah air telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Malah pengeluaran produk mereka juga sentiasa meraih sambutan peminat-peminatnya. Namun menjadi seorang usahawan dan bergelar artis bukanlah perkara yang mudah.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon jelita Fatin Afeefa ini. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, dia juga memiliki suara yang berpontesi baik.

Baru-baru ini, Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram dan memaklumkan berita gembira dimana dia berjaya memiliki kereta idaman selepas enam bulan berhempas pulas dengan bisnesnya.

 

Menerusi hantaran tersebut, memparkan foto dirinya bersama sebuah kereta jenis Mercedes-AMG GLE43 Coupe berserta coretan meluahkan rasa bersyukur atas rezeki yang dimiliki.

Menurut Fatin, kereta tersebut merupakan ‘self reward’ kepada dirinya yang telah bersusah payah selama enam bulan untuk menjadi ‘bussiness woman’.

“6 bulan bersusah payah sebagai ahli perniagaan, inilah keputusannya. Segala penat lelah dan air mata akhirnya berbaloi!” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Fatin menyifatkan keputusannya untuk memberikan fokus kepada bisnesnya adalah berbaloi walaupun terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai anak seni.

“Pelik kan? Saya perlahankan aktiviti dalam bidang lakonan dan nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perniagaan, dan saya tidak menyesal. Saya percaya mengejar impian adalah cara terbaik untuk diri sendiri…”

“Saya beri fokus selama 6 bulan kepada @leanbyfa, agen pun kawan-kawan terdekat, marketing pun ala kadar. Fa (Fatin) la bos, fa la kuli. Tapi keputusan yang saya dapat…. Masha Allah! Terima kasih semua” tulisnya di ruangan kapsyen.


Bukan itu sahaja, pelakon ini juga sempat menitipkan pesana buat golongan wanita agar mengejar impian serta membina karier sendiri dan bukan mengharapakan orang lain.

“Wanita. Anda perlu ada impian sendiri dan paling penting kerjaya. Bina impian anda sendiri. Jangan mengharapkan “Daddy-Kasi” saja, nanti ada orang buat konten..” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis dan warganet tutut memberikan ucapan tahniah buat Fatin Afeefa dengan kejayaanya selepas bergelar ‘bussinesswoman’ selama 6 bulan.

Malah ada juga yang mendoakan agar bisnes pelakon ini akan lebih maju pada masa hadapan.

Antara komen rakan artis dan warganet:

“Alhamdulillah syukur ya Allah..love u b..keep moving we are strong..”

“Yang penting kalau check no plate nama sendiri! Super proud of you..congrats baby girl! I’ll always support you..”

“Saya pun nak jadi berjaya macam sis..”

“Alhamdullilah tahniah untuk kak fatin semoga selepas ini bisnes akak fatin akan lebih maju jaya. Semoga dipermudahkan segala urusan kak fatin sekeluarga. Tahniah kak..”

Perkongsian di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)