Dari ‘Kondo’ Ke ‘Landed’, Daiyan Trisha Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia Muda Buat Netizen Kagum

Memiliki rumah pada usia muda merupakan satu kejayaan besar yang akan dipandang oleh orang ramai. Ada segelintir orang ramai yang akan menganggap membeli rumah adalah sesuatu yang merugikan. Walaupun begitu, ramai juga yang sedar membeli rumah membawa banyak kebaikan untuk seseorang individu. Membeli rumah di atas usaha dan titik peluh sendiri juga adalah perkara yang harus dibanggakan.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon jelita Daiyan Trisha pernah berkongsi video berkenaan dirinya yang membeli rumah kondominium yang terletak di Kuala Lumpur pada usia 25 tahun.

Namun, baru-baru ini Daiyan Trisha sekali lagi berkongsi berita gembira di laman Instagramnya apabila berjaya membeli sebuah lagi rumah ‘landed’ hasil titik peluhnya sendiri.

Menerusi beberapa foto dan video yang dimuat naik oleh Daiyan di laman Instagram, Daiyan memamparkan pemandangan kediaman dua tingkat itu untuk tatapan peminatnya.

Daiyan juga memuat naik video yang berdurasi 30 saat yang menunjukkan bahagian rumahnya. Bermula dari berjalan di pintu utama memasuki ruang di dalam rumah dan menaiki tangga menuju ke tingkat atas dan juga sebuah kolam renang yang agak luas.

Kediamannya itu juga moden dan berkonsep kan minimalis serta sesuai untuk usia muda sepertinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house !!” tulisnya di ruangkan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut gembira dengan pencapaian Daiyan Trisha yang berjaya memiliki dua rumah yang sangat selesa pada usia yang sangat muda. Bukan itu sahaja,  rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah di atas rumah keduanya itu.

Antara rakan-rakan artis yang memberikan komen mereka:


Antara komen warganet di laman Instgaram:

After years of hardwork, at long last you’re the next level it-girl. You inspired me lots since 2013″

“Elok sangat tu, rumah lawa, tuan rumah pun lawa, lovee sangat..btw congrats kak daiyan..”


“Wow congrats daiyan! ”

“You’re truly an inspiration..congrats daiyan, love you..”


Video dan gambar yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)