“Senang je depa musnahkan” Bahagian Hadapan Rumah Dirobohkan Untuk Projek Longkang, Lelaki Ini Luah Rasa Sayu

Mempunyai rumah yang cantik adalah impian setiap orang malah ada yang mengubah suai rumah mereka sehingga menelan kos yang sangat tinggi agar sedap mata memandang apabila melihat rumah sendiri yang cantik.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki meluahkan rasa sedihnya apabila ‘drive way’ yang dibina untuk memasuki rumah terpaksa dimusnahkan oleh pihak berkuasa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zoolmahmoodReturn, kelihatan ‘drive way’ di beberapa buah rumah dimusnahkan gara-gara memberi laluan untuk projek longkang yang bakal dilaksanakan.

“ribuan RM dah habis buat drive way ni.. senang je depa musnahkan..” ujarnya.

Lebih memilukan adalah, tiada ganti rugi disediakan namun pihak berkuasa akan mencipta drive way baru mengikut keluasan yang telahpun ditetapkan.

“memang tak ada ganti rugi.. majlis akan buat baru tapi ikut spec diorang lah.. jiran sebelah dah siap tiles bagai.. kene bongkah juga…sodeh..” katanya lagi.

Dia juga terkilan kerana projek tersebut dilaksanakan pada bulan puasa dimana mereka yang terlibat perlu beraya dalam keadaan rumah sebegitu rupa.

Video yang tular di laman TikTok:

@zoolmahmoodreturnMusnah berkelip2 mata

♬ original sound – ritzmetalasia

@zoolmahmoodreturn Reply to @izzolrohani ♬ original sound – zoolmahmoodReturn

@zoolmahmoodreturn Reply to @abamflyguy ♬ original sound – ritzmetalasia

@zoolmahmoodreturn Reply to @joshmontenegro85 ♬ bunyi asal – Myrull Danniel’s – Mr AD

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 813.9K tontonan, 6478 tanda suka, 12 komen dan 244 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat malah dalam masa yang sama mendoakan rezeki lain buat lelaki ini.

“dugaan di bulan Ramadhan.. Allah cubit sedikit.. ada hikmah atau digantikan dengan yang lebih baik..”

“projek buat longkang.. habis driveway dibongkah.. dah laa buat sendiri tu sebelum ni..”

“bukan renovation.. short notice dari majlis untuk baiki longkang”


“kenapa tak buat lepas raya.. hmm susah la macam ni..”