Repair Kapal Terbang Guna Selotape, Lelaki Ini Tawakal Naik ‘Redho Airlines’

Redho Airlines, Flight paling tawakkal dan paling unik la aku pernah naik!

Lepas habis urusan misi kecemasan Yaman selama 8 hari, kini tiba kitorang balik ke dunia nyata.

Kalau sebelum ni aku uruskan misi Syria di sempadan Turki, Jordan dan Lebanon, boleh kata banyak juga kerenah aku lalui contohnya drone kena rampas kat Jordan, transit 18 jam thanks to kesayangan saya Nadia Rahmat buat surprise 😂 dan macam2 lagi. Pengalaman kat Yemen ni paling unik setakat ni.

Sampai-sampai kat checkpoint pertama, pintu pagar nak masuk dia dah uji, kena tahan, lepas tu dia tanya, korang ada bawak senapang ke, kalau ada tolong tinggal kat sini, haha.

Dah parking, dia nak masuk ke dalam airport tu kena scan pulak untuk tapis barang2 terlarang. Antara yg terlarang masuk dalam airport adalah daun khat, senjata api dan batu akik.

Yes, batu yang buat cincin tu. Dia tak bagi bawak masuk dalam airport. Haha. Artifak khazanah negara katanya.

Negara Yaman ni adalah salah satu negara middle east yang termiskin.

Jadi facility airport dia kurang canggih sikit. Bayangkan boarding pass flight macam tiket masuk funfair je. Tak pakai print, tulis pakai tangan je. Haha.

No seat tak ada, maklumat beg yang check in pun tak ada. Ikut suka hati kau la nak, yang penting boleh fly sudah lah.

Next, mungkin sebab flight dia hanya satu je seminggu, semua pekerja airport dia bersemangat terlebih.

Pekerja yang jaga pintu gate masuk dah acah-acah officer dah kitorang tengok. Yelah, dalam seminggu tu sekali je ko kena perform.

Jadi sekali tu je la ko jadi hero. Haha. Bayangkan untuk uruskan passport , kalau kat malaysia kita pakai satu kaunter je, kat sini dia jadi 5 checkpoint!

Lepas ko dah masuk beg, sebelum cop pasport akan ada polis cek betul ke tiket ko on time. Lepas dah ok, pergi cop pasport, lepas dah cop, beratur pulak dia nak scan passport ko.

Dah scan, beratur lagi tunjuk kat orang nak pastikan passport dah cop ke belum. Dah masuk dalam waiting lounge, dia cek lagi tiket sebelum pergi naik flight.

Aku like, whatt?? 😂

Sorang je kot boleh buat semua tu. Dia pakai sampai 5 orang! Hahaha unikkk mungkin sebab kebosanan kot kat airport tu seminggu sekali je ada orang. Kita kasi tiaww sama ini orang-orang nk fly.


Dah naik flight, kapal terbang dia memang dhoif gila la. Maintenance pakai selotep je repair panel2 rosak/longgar. Asal boleh je lah kau.

Last but not least, bila nak masuk flight tu aku tunjuk tiket kat pramugari. Pramugari dia memang makcik dah tahap mak-mak kita.

Ustakk kata mcm HKL lukis kening. Ko bayangkan la. Haha.

Aku tanya seat number? Where is my seat? Dengan bersahaja je makcik tu cakap,

“free seating! U can seat anywhere u want” hahaha

Makanan takleh pilih2. Apa makcik tu bagi ko makan je. Ada yang dapat spaghetti, ada yang dpt nasi.

Sekian perkongsian saya. By the way, dalam flight 3 jam tu aku memang tawakkal betul. Duduk tingkap tepi enjin, harap-harap dia tak repair enjin tu pakai selotep je 😂😂

Next nanti aku share pengalaman kat airport sudan pulak. Lagi unik!

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah tulisan Tuan Mohd Aiman Mohd Amir. Anda boleh membaca posting asal beliau di sini.[/su_note]