Galak Kejar Anak Ayam, Oyen Mencicit Lari Kena ‘Flying Kick’ Dari Ibu Ayam

Sejak akhir-akhir ini selalu sangat kita nampak perangai si anak bulus oyen makin menjadi-jadi di media sosial. Mungkin orang lain yang melihatnya akan terhibur namun di sebaliknya si oyen ‘menyiksa’ para tuan yang membelanya.

Oyen bukan sahaja mampu mencuit hati ramai, malah sering cari pasal dengan haiwan mahupun manusia yang berada di sekelilingnya! Warna kucing yang semakin famous setelah digelar oyen ini seolah-olah tak reti duduk diam.

Sama seperti yang dikisahkan oleh seorang pengguna Twitter menerusi sebuah hantaran video, Zulaikha Jalil yang pulang ke kampung halaman menyaksikan sendiri kenakalan si oyen tersebut.

Menurut Zulaikha, si oyen itu bukanlah kucing miliknya namun niatnya berkongsi video tersebut adalah untuk menunjuk netizen perangai si oyen yang sifatnya suka membuat ‘onar’ di mana-mana kucing tersebut berada.

Menerusi video yang dikongsi gadis itu, oyen dilihat sengaja cari pasal dengan seekor anak ayam yang sedang bermain di sekitar kawasan lapang berumput di situ menyebabkan si ibu ayam marah lalu meluru mengejar oyen yang sudah mengusik anak-anaknya!

Bengang ketenteraman anak-anak dan dirinya diganggu, si ibu ayam bertindak memberi flying kick percuma kepada si oyen sebelum oyen cepat-cepat menyorok cuba menyelamatkan diri.

Dalam video itu juga kedengaran orang kampung riuh-rendah melihat kekecohan yang dibuat oyen. Aksi pergaduhan antara kedua haiwan tersebut turut menarik perhatian orang kampung di situ.

Video berdurasi hanya 6 saat itu berjaya mencuit hati ramai serta mengundang dekah netizen. Sejak video tersebut dimuat naik, ia berjaya memperoleh 4.1k likes dan 5.4k retweets! Video tersebut juga ditonton sebanyak 210.7k kali!

Video yang tular di laman Twitter

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ketawa melihat oyen berlari bagai tak cukup tanah setelah ditendang ibu ayam. Mereka juga berkata akhirnya ada juga haiwan yang mampu menundukkan kenakalan si oyen ini.

Berikut antara komen-komen netizen di Twitter