[VIDEO] “Sujud pun rasa melayang” Sebulan Dikuarantin Positif Covid-19, Heliza Helmi & Adik, Hazwani

Selebriti terkenal Heliza Helmi yang merupakan seorang penyanyi dan turut aktif dengan misi kemanusian memaklumkan dia dan adiknya, Hazwa Helmi positif virus Covid-19 pada November tahun lalu.

Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, beliau berkongsi memberitahu turut mengalami semua simptom berkaitan pandemik berbahaya itu.

Ketentuan Allah itu yang terbaik

“QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik. Sebenarnya taktau nak mula dari mana”.

“Dalam kepala ni banyak sangat nak share, jika ada manfaat alhamdulillah”.

Akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga

“Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi. Keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga”.

“Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other”.

Ambulans terlalu kerap, pesakit terlalu ramai dan frontliners macam tak rehat

“Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online moga Allah merahmati beliau aamiin”.

“Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat”.

Tulis ni pun sebak YA Allah

“Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil”.

“Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH”.

Siang malam mereka berjaga

“Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian. Dan benar, Covid 19 is real”.

“Almost semua simptom ALLAH bagi rasa, alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH”.

Nak sujud pun rasa macam melayang dah

“Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui”.

“Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah”.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen turut mendoakan supaya Heliza sembuh kembali seperti sediakala dan dapat meneruskan misi kemanusiaan beliau.