[VIDEO] “Esok hari jadi memen 18tahun,” Arwah Anak Genap 18 Tahun, Linda Rafar Luah Rasa Rindu

Kehilangan orang tersayang bukanlah satu ujian yang mudah untuk diharungi. Namun tiada siapa mampu melawan takdir yang tertulis.

Tambahan pula kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pasti kehilangan itu memberikan tamparan hebat kepada keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LindaRafar (@lindarafar)

 Allahyarham Memen pergi akibat ketumbuhan kronik dalam perut

Begitulah yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Linda Rafar, apabila terkesan dengan pemergian anak tercinta sekitar enam tahun lalu.

Difahamkan, Allahayrham anaknya Memen atau nama sebenar Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LindaRafar (@lindarafar)

Dah besar dah baby boy mama

Menerusi satu perkongsian video di akaun Instagram miliknya, video tersebut memaparkan Allahyarham sedang terlantar di hospital menangung kesakitan.

Linda Rafar berkongsi mengenai ulang tahun Mamen yang dilahirkan pada 1 Disember 2002 dan hari ini merupakan hari jadinya yang ke-18.

Rindu sangat mama kat memen, rindu yang takde ubat

“Al-fatihah memen, tarikh lahir 1/12/2002-1/12/2020 !! Meninggalkan dunia pd 5/7/2014 puasa ke-7”.

“Esok hari jadi memen 18tahun. Eh dah besar baby boy mama rupanya, mesti handsome dan tinggikan”.

Mama yakin memen gembira dan tenang disana

“Ya allah rindu sangat ma kat memen, rindu yang xde ubat. Patut la ma emo 2-3 hari ni, rupanya birthday memen dah dekat”.

“Ma yakin memen dah cukup happy dan tenang kat sana. Insyaallah mama Mintak semua followers ma doakan memen malam ni k”.

Moga ada istana disana untuk Memen

“Moga ada istana Syurga Di alam sana untuk memen, love you sayang”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LindaRafar (@lindarafar)

Tidak dapat digambarkan betapa rindu seorang ibu pada anaknya yang telah pergi. Linda juga berharap dan anak syurganya itu pasti tenang dan gembira di alam sana.

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian tersebut dan turut mengucapkan salam takziah kepada penyanyi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LindaRafar (@lindarafar)

Mereka juga turut menitipkan doa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Rakan artis juga tidak ketinggalan menitipkan doa buat Allahyarham Memen dan memberi semangat kepada penyanyi tersebut.