“Macam main bola tapi bola takde,” Sepahtu Reunion Live 2020 Bersiaran Tanpa Penonton, Jep Kongsi Reaksi

Berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober, negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan menjalani PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Pelbagai aktiviti tidak dibenarkan selama tempoh berkenaan namun sektor ekonomi masih dibenarkan berjalan seperti biasa.

Menerusi laman Instagram, pelawak kegemaran ramai Jep Sepahtu meluahkan rasa gundahnya apabila terpaksa melakonkan sketsa Sepahtu Reunion Live 2020 tanpa kehadiran penonton.

Kau kena buat lawak tanpa penonton

Posting tersebut telah mendapat tanda suka lebih dari 100,000 ribu itu laman sosial Instagram milik penyampai radio itu.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 35, berkongsi foto terkininya melakonkan watak orang tua untuk tatapan umum.

“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton”. 

Umpama seperti main bola tapi bola takde

“Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde,” tulis Jep menerusi ruangan kapsyen.

Menurut Jep lagi menerusi ruangan komen, dia merasakan ketiadaan penonton memberikan cabaran buat pelawak untuk beraksi.

Namun begitu, rata-rata netizen terus memberikan sokongan meski pun mereka hanya boleh menonton dari rumah masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

Tapan

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Kami dirumah sentiasa menanti- Netizen

“Itu akan menguji handal,” kata Nazz Gegar.

“Boleh, lawak layan diri namanya,” komen Achey.

“Kami di rumah sentiasa menanti,” sokong seorang wargamaya.

“Takpe bang, takde penonton pun abang memang kelakar,” tulis seorang wargamaya.

“Bagitau la produksi untuk shoot Sepahtu Reunion kat negeri yang kurang kes Covid contoh macam Pahang, sambutan mesti menggalakkan,” cadang seorang wargamaya lagi.

Difahamkan, Sepahtu Reunion Live 2020 akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna (107).