[VIDEO] Ahli Kimia PhD Ini Dedah Rahsia Kari Stail Sugu Pavithra Yang Enak

Saluran Youtuber dilihat salah satu lubuk baru bagi mereka yang mahu menjana pendapatan melalui video.

Namun begitu, setiap video yang dihasilkan hendaklah mempunyai keunikannya tersendiri seperti video dari Youtuber terkenal Sugu Pavithra.

Sederhana dan merendah diri tarikan Sugu Pavithra

Sikap pasangan Youtuber yang merendah diri dan kesederhanaan mampu menarik minat orang ramai.

Tidak hairanlah jika pasangan ini mampu meraih populariti dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melayari saluran YouTube mereka.

Resepi mereka bukan sahaja ditonton malah dicuba

Setiap resepi yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra ini turut dicuba oleh kebanyakan penontonnya.

Selain itu, ramai yang mengakui bahawa resepi yang dikongsikan Sugu Pavithra sangat menjadi dan sangat mudah untuk diikuti.

Kaedah memasak menggunakan tomato

Menurut salah seorang ahli kimia menggunakan kepakarannya untuk berkongsikan dan  turut mendedahkan rahsia disebalik kesedapan kari style Sugu Pavithra.

Menerusi akaun Twitternya, beliau setelah melakukan pemerhatian ke atas video dan mencuba resepi kari style Sugu Pavithra.

Rahsia kari ayam Pavithra 

Dr Che Puteh telah menggunakan kepakarannya dengan berkongsikan rahsia Pavithra iaitu kaedah memasak menggunakan tomato.

Menurut doktor tersebut, Pavithra menggunakan bahan masakan yang tinggi glutamat seperti ayam dan tomato. Rahsia yang diselongkar doktor ini adalah daripada video Pavithra yang ditontonnya.


Kari ayam style Pavithra tidak perlu ditumis

Kari ayam yang dimasaknya itu tidak perlu ditumis malah digaul terlebih dahulu bersama tomato dan bahan-bahan yang lain.

Menurutnya lagi, bahan yang digunakan untuk memasak kari adalah sama tetapi kaedah memasak itu yang berbeza.

Resepi Pavithra lebih menyelerakan

Apabila mencuba kaedah yang ditunjukkan Pavithra, rasa karinya itu lebih enak dan lebih umphh. Rasa manis dan umami dari tomato itu membuatkan kari lebih menyelerakan.

 

Inilah hasil dari resepi yang diambil dari Pavithra, nampak kari ikan ini menyelerakan walaupun ia tidak ditumis.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua terutama suri rumah yang kehabisan idea untuk memasak, selamat mencuba.