Semasa
“Hari ini, 8 tahun lalu saya masuk Islam & saya sendiri..” Luahan Gadis Korea Ayana Jihye Moon

Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea Selatan memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia.
Kisah Ayana Jihye Moon telah tular beberapa tahun lalu dan gadis korea ini menjadi bualan hangat netizen.
Gadis korea yang memeluk agama Islam
Gadis cantik ini W berusia 25 tahun ini juga dikenali sebagai model muslimah yang cukup popular di laman sosial.
2.7 juta pengikut di Instagram
Jika dilihat menerusi Instagram beliau yang mempunyai sebanyak 2.7 juta pengikut yang mengikuti perkembangannya.
Apa yang lebih menarik adalah kisahnya yang menarik perhatian netizen sehingga Ayana Jihye Moon ini turut menjadi inspirasi buat gadis muda di luar sana.
Adik lelakinya turut memeluk agama Islam Mac tahun lalu
Selain itu, perkongsian Ayana Jihye Moon baru-baru ini juga menjadi buah mulut warganet apabila dia berkongsikan perasaan gembira mengenai adik lelakinya.
Adik lelakinya dikhabarkan telah memeluk agama Islam sekitar Mac tahun lalu dan mengikuti jejak langkahnya.
Jadi, kedatangan Ramadhan pada tahun ini berlainan apabila beliau dapat menjalani ibadah puasa bersama adik.
Kisah dirinya memeluk agama Islam
Disamping itu, perkongsian terbaru Ayana Jihye Moon tentangnya juga mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan kisah pada hari dirinya memeluk agama Islam bersempena tarikh 29 April.
“Hari ini, 8 tahun yg lalu saya masuk Islam. 8 tahun lalu, saya sendiri. 8 tahun lalu, saya tidak percaya diri”.
“Dan sekarang saya percaya diri sebagai seorang muslimah dan menantikan masa depan saya sebagai seorang muslimah dalam Islam”.
Iman saya semakin hari semakin kuat
“Alhamdulillah, iman saya semakin hari semakin kuat. Semoga saya bisa tetap istiqomah dan selalu dalam lindungan Allah SWT” tulisnya.
Malah, kini Ayana sudah percaya diri sebagai seorang muslimah dan beliau turut bersyukur imannya semakin hari semakin kuat.
Perkongsian beliau telah meraih perhatian ramai dan mereka juga turut meninggalkan pelbagai komen positif buatnya.
"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.
