“Fitnahh yg anda plan berjaya, berjaya buat org percaya dgn…” Penjelasan Amyza Aznan

Terdahulu, beberapa isu berkaitan mengenai bantuan khusus yang telah membangkitkan kemarahan golongan artis dan netizen.

Menerusi media sosial, kes ini makin bertambah hangat apabila perang dingin antara kedua belah pihak dilihat tidak beransur reda.

Beberapa artis lain turut terlibat 

Kemudian, isu ini dikatakan bertambah hangat selepas Zarina Anjoulie mendedahkan nama beberapa orang artis yang terpalit dalam isu ini.

Sementara itu, beberapa pelakon yang terkena tempias adalah seorang pelakon Amyza Aznan.

Pelakon ini dikatakan sedang berhadapan dengan kecaman dan cacian netizen selepas mesej perbualannya bersama rakan-rakan artis yang lain didedahkan.

Anda telah berjaya buat orang percaya

Menerusi laman Instagram Amyzaa, beliau telah memuat naik satu posting mengenai hal ini.

Beliau sedar akan kini ramai dalam kalangan sedang melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk beliau.

Luahan Amyza Aznan di Instagram

Anda plan telah berjaya

Menerusi kapsyen beliau di Instagram, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah satu perancangan jahat semata.

“Fitnnah yang anda plan telah berjaya. Anda berjaya membuat orang percaya dengan plan jahat anda”.

“Takpe, kalau rasa dengan fitnahh yang sangat jahat ini boleh buat anda seronok, bangga, teruskan”.

Beliau dikatakan menutup ruangan komen

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai tindakannya yang menutup ruangan komen di Instagram.

“Oh yang kata takut off comment, malas nak layan. I banyak keje berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif nie”.

Beliau turut mengulas, tidak akan mengambil peduli segala perkara negatif yang berlaku ketika ini.

Nak takut dengan kecaman?

“Nak takut dengan kecaman, i lagi takut kut-kut tengah fittnah ni tersebar, manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia kiamat”.

Begitulah maklum balas daripada pelakon tersebut berhubung kes melibatkan beliau ketika ini.

Diharap segala perselisihan faham banyak pihak ini dapat dirungkaikan dan tidak menimbulkan sengketa diantara satu sama lain.