Selepas Nikahi Janda, Da’i Farhan Didakwa Ceraii Isteri Pertama Yang Sedang Sarat?

Selepas dialog '18 kali tolak dan kali ke-19 terima’ tular serta menjadi bahan jenaka dan sarkastik netizen, timbul pula dakwaan Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil anak kedua. Dakwaan mengejutkan itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi akaun Facebook miliknya. Asiah dalam entri tersebut mendakwa sudah mendengar rakaman [...]

Beberapa hari ini dialog ’18 kali tolak dan kali ke-19 terima’ tular serta menjadi bahan jenaka dan sarkastik netizen.

Namun semalam timbul pula dakwaan Da’i Farhan telah menceraiikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat mengandung anak kedua.

Kenyataan mengejutkan itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi akaun Facebook miliknya, lapor Gempak.

Di dalam entri tersebut, Asiah mendakwa sudah mendengar rakaman suara Farhan yang menceraikan isteri pertamanya dan ia dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Peguam terbabit menulis, Farhan sudah menceraiikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil, dengan talak satu.

Menurutnya, alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfittnah suami.

“Daie Farhan sudah menceraiikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talaksatu.

“Lafaz disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut.

“Alasan perceraiian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfittnah suami.

“Pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dipkul dan dikurung oleh Daie Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

“Daie Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya.” tulis peguam tersebut

Sebelum ini, Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya.

Nama Farhan masih tular disebut-sebut netizen di media sosial apabila dia mendedahkan telah menikahi janda anak lapan di Makkah.

Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dari pihak Farhan dan isterinya mengenai isu ini.