Berjaya di Usia Muda, Syahmi Ketengahkan Bakat Asif Biarpun Seorang Kanak-Kanak Istimewa

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Muhammad Syahmi Sazli 24, ‘Youtubers’ yang semakin dikenali ramaii.

Beliau bermula apabila hanya memuat naik video secara suka-suka namun tuah menyebelahi beliau apabila video pertamanya telah tular.

Syahmi juga tidak menyangka video itu akan tular dan ia merupakan satu titik permulaan yang mengubah kehidupannya.

Beliau kini telah mempunyai ramai pengikut dilaman sosial dan Youtube yang telah menghasilkan video mengenai pelbagai isu semasa.

Muhammad Syahmi merupakan bekas peljar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik beradik dan tidak sempat menghabiskan ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik kerana mahu fokus dalam bidang yang diceburi.

Bermula pada tahun 2016, beliau memuat naik satu video pendek dan telah mendapat 300 000 tontonan kata pemuda yang berasal dari Kampung Gertak Kechupu itu.

Atas minat dan kecenderungan dengan teknologi beliau memanfaatkan kelebihan yang ada dan berjaya menjana pedapatan dari video yang dihasilkan selepas itu.

Dengan kejayaan Syahmi dalam bidang tersebut, beliau juga membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Paling dikagumi, beliau berjaya mengetengahkan bakat seorang kanak-kanak istimewa bernama Mohd Asyiff Suhaimi 17 tahun berlakon bersamanya.

Asyif yang bersifat kelakar dan pemalu menjadi tular yang merupakan salah seorang pelakon dalam video pendek yang dihasilkan oleh Syahmi.

Perwatakan Asif yang mencuit hati dan kesungguhan Syahmi mengetengahkan bakat Asif menjadikan video mereka sentiasa ditunggu peminat.

Asif kini mempunyai pengikutnya sendiri dan mampu menjana pendapatan sendiri. Walaupun kemahiran yang terbatas, Syahmi berjaya menjadikan Asif seorang pelakon yang berbakat biarpun seorang kanak-kanak istimewa.

Selain itu, Syahmi juga mengetengahkan beberapa pelakon yang berasal dari negeri kelahirannya dan ia menjadi simbolik pada video keluarannya.

Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan mengetengahkan lebih ramai bakat yang istimewa di masa hadapan.

Sumber: Sinar Harian