50 Selebriti Di Program Hiburan, MKN Arah Siasatan Dilakukan

Baru-baru ini, tular di media sosial menyaksikan rata-rata netizen didakwa kurang senang dengan sebuah rakaman program berbentuk hiburan yang disiarkan di televisyen.

Orang ramai turut mempertikaikan jumlah kehadiran 50 selebriti ke rakaman program tersebut dan SOP yang seharusnya perlu dipatuhi.

MKN arah siasatan dilakukan ke atas rancangan berkenaan

Memetik laporan Berita Harian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan.

Difahamkan, rancangan tersebut merupakan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Tindakan sewajarnya akan diambil

Menurut beliau, siasatan ke atas program rakaman tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) sendiri.

Malah, difahamkan rakaman program tersebut telah dijalankan pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Tindakan akan diambil jika berlaku pelanggaran SOP

Selain itu, kita juga sudah maklumkan perkara ini kepada KKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.

KKM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit.

Juri dilihat tidak memakai pelitup muka atau face shield

Ujar Datuk Mohd Rabin turut mengulas dakwaan rakaman tersebut yang membabitkan 50 selebriti sebagai juri dilihat tidak memakai pelitup muka atau face shield sepanjang rakaman berlangsung.

Tambahnya lagi, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika terdapat ketidakpatuhan SOP, meskipun rakaman telah selesai.

Walaupun rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

Polis tetap akan siasat

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.”

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat.”

Rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan di ruangan komen.