5 Jam Terkurung Dalam Bank, Gelagat Gadis Tertidur Sementara Tunggu Bantuan Buat Ramai Terhibur

Seperti yang kita tahu, setiap pintu di cawangan perbankan akan terkunci dengan sendiri selepas jam 12 malam bagi memastikan keselamatan. Pun begitu, masih ada segelintir yang belum tahu ataupun terlupa sehinggakan banyak kes individu terperangkap di dalam bank.
Iospital phone repair gombak
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang gadis terperangkap di salah sebuah bank mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, gadis ini ingin mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin ATM namun secara tiba-tiba pintu tertutup dengan sendiri secara automatik dan dia tidak sempat keluar daripada bank tersebut.

Bagaimanapun, mujurlah ada seorang lagi rakannya yang berada di tempat kejadian, dia sempat meminta tolong bomba namun usahanya itu seakan sia-sia apabila bomba gagal membuka pintu tersebut.


Akhirnya, gadis ini terpaksa menunggu pintu tersebut terbuka dengan sendiri sekitar pukul 5 pagi bahkan akui itu merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“kenangan xpernah dilupekan..sumpah last masok bank ah” ujarnya di ruangan kapsyen

Lebih melucukan adalah, gadis ini sempat tertidur sementara tunggu bantuan tiba malah dikatakan kejadian berlaku di Parit Jawa, Muar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita ini yang terperangkap di dalam bank sehingga tertidur.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing mengenai video tersebut.

Antara komen warga maya:

“Entah siapa yang salah.. ku tak tahu.. untung dok dalam bank.. ada aircond..”

“Hahaha sama dengan suami saya.. kan tidur dalam bank sampai pagi..”


“Sempatlah dia rasa kerja jaga mesin yek.. mujur ada aircond..”

“Mesti bosan duduk dalam tu sorang2 tup2 lak battery fon abis… memang cite dia tido jela gamaknya..”

“Sejuk2 duduk dalam tu takde rasa nak terkencing ke.. lama gak nak tu 5 jam tunggu pintu terbuka..”

“Sekurang-kurangnya ada la cerita nak bagitahu dekat cucu..”

“Ingatkan akak security tadi.. rupa-rupanya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@chahadah55kenangan xpernah dilupekan..sumpah last masok bank ah😓😓

♬ bunyi asal – @Syuu—.