49 Hari Hanyut Di Laut, Remaja Ini Akhirnya Diselamatkan

Seorang remaja warga Indonesia berusia 18 tahun ditemui selamat selepas hanyut selama 49 hari di perairan berhampiran pulau Guam di Lautan Pasifik, lapor BBC.

Aldi Novel Adilang, dilaporkan hilang pada pertengahan bulan Julai lalu, ketika dia bekerja di atas sebuah pondok perangkap ikan terapung atau rompong, kira-kira 125 kilometer di luar perairan pulau Sulawesi.

Tugas Aldi adalah memastikan lampu pada pondok itu sentiasa menyala bagi menarik perhatian ikan di kawasan itu dan pemilik pondok itu dikatakan melawatnya seminggu sekali bagi menghantar bekalan makanan dan air bersih.

Media tempatan melaporkan, rompong itu tidak dilengkapi dayung atau enjin dan hanya diikat menggunakan tali ke dasar laut.

Namun, angin kencang mengakibatkan menyebabkan tali itu putus, lalu menghanyutkan Adli.

“Majikannya memaklumkan suami saya Adli hilang, kami hanya mampu berdoa supaya dia selamat,” kata ibu Adli, Net Kahiking ketika ditemui di rumahnya di Sulawesi.

Konsul Jeneral Indonesia di Osaka, Mirza Nurhidayat berkata, selepas kehabisan makanan, Adli menangkap ikan bagi meneruskan hidup dan memasak menggunakan kayu dari rompong.

“Adli berkata dia berasa sangat takut ketika hanyut dan sering menangis,” kata seorang diplomat di konsulat itu, Fajar Firdaus kepada Jakarta Post.

Menurut Fajar, Adli cuba menarik perhatian 10 kapal yang berlayar berhampirannya, tetapi gagal.

Adli bernasib baik apabila panggilan kecemasannya pada 31 Ogos lalu berjaya dikesan oleh sebuah kapal dari Panama yang dalam perjalanan ke Jepun.

Remaja berkenaan dibawa ke bersama ke Jepun pada 6 September lalu dan selamat kembali ke Indonesia dua hari kemudian.

Adli yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini dilaporkan sihat serta bakal menyambut hari jadi ke-19 pada 30 September ini.