Hari ini, media sosial digemparkan dengan berita mengenai penyanyi Rap terkenal, iaitu Aman Ra yang dikatakan telah ‘menduakan’ isterinya, Natiqah Rahmat.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya @natiqahrahmat yang memuat naik beberapa IG stories mendedahkan kisah sebenar mengenai rumahtangga mereka yang berantakan disebabkan ‘orang ketiga’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by natiqahrahmat (@natiqahrahmat)

Menurut Natiqah, penyanyi rap berkenaan sudah lama tidak pulang ke rumah kerana berada di rumah wanita tersebut.

Malah, lebih mengejutkan dia turut mendedahkan bahawa Aman Ra sudah melafazkan cerai sebanyak empat kali disebabkan wanita itu.


Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya, Joe Saiful berkata, buat masa ini dia belum dapat memberikan sebarang komen terhadap segala pendedahan yang dibuat oleh isterinya.

Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin dan juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.

“Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” katanya.

Terdahulu seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap itu tampil membuat pendedahan suaminya yang didakwa menduakannya dengan wanita lain.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, wanita terbabit mendakwa rumahtangga mereka mula berantakan selepas mengetahui ‘rahsia’ suaminya itu.

Bahkan, dia juga mendakwa sudah menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini selain tergamak meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya.

Walau bagaimanapun sehingga kini, wanita terbabit tidak mendedahkan identiti wanita yang dikatakan ada hubungan dengan suaminya.

Malah, dia juga tidak mendedahkan status terkini rumah tangga mereka walaupun mendakwa suaminya sudah melafaz cerai sebanyak empat kali.

Dalam pada itu, cubaan media menghubungi wanita berkenaan dengan menghantar mesej di ruangan mesej peribadi (DM) di Instagram tidak berjaya apabila dia tidak memberikan sebarang respon.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.