36 Tahun Nostalgia PM Kanada dan Tun Mahathir

Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengulangi pertemuan nostalgia kedua-dua pemimpin besar itu 36 tahun lalu.

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/526835831117630/

Dalam pertemuan penuh nostalgia pada tahun 1982, Justin Trudeau pada usia 11 tahun dibawa bapanya, Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pièrre Elliot Trudeau bertemu Dr Mahathir.

Pada hari ini, Dr Mahathir, 93 dan Trudeau, 46 bertemu pada mesyuarat dua hala di Stanley Hotel, Port Moresby, Papua New Guinea bagi membincangkan mengenai hubungan sosio-ekonomi antara kedua-dua negara selama setengah jam.

Trudeau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri termuda Kanada pada tahun 2015 manakala Dr Mahathir adalah perdana menteri paling tua di Malaysia dan dunia.

Sempena hari ulang tahun Mahathir pada Julai lalu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Julia Bentley menghadiahkan kepada Dr Mahathir foto pertemuan bersejarah itu yang menunjukkan Trudeau bersalam dengan Dr Mahathir.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber: Berita Harian

Kredit Foto: Mothership.sg[/su_note]