“35 hari terlantar, dia mandikan saya..tak pernah mengeluh” – Muss

Naib Juara Gegar Vaganza 7 (GV7), Muss tersentuh dengan pengorbanan isterinya, Suraya yang setia di sampingnya ketika susah senang.

Mengimbas semula kisahnya di hospital dua tahun lepas akibat koma selepas mengalami demam panas, Suraya Bahari sentiasa di sisinya tanpa mengeluh.

“Inilah tulang belakang saya..23 tahun kami kahwin sampai sekarang. Bila waktu susah dia tak pernah mengeluh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by im mus (@immus2020)

“2 tahun lepas saya terlantar di hospital selama 35 hari dia sentiasa di sisi..mandikan saya cuci punggung saya masa di hospital dulu, tak pernah dia mengeluh.

“Selepas sakit dulu saya ada masalah memori susah nak ingat..saya akan bertanya perkara yang sama berulang kali dan isteri saya akan menjawab berulang kali juga dengan penuh sabar.

“Dia juga yang menguruskan karier saya, dia memang akan sentiasa di sisi saya. Thank you my love,” tulis Muss menerusi Instagramnya.

Coretan hati Muss itu menyentuh perasaan peminatnya yang turut terharu dengan pengorbanan Suraya di sampingnya selama lebih dua dekad.

Rata-rata semua mendoakan agar pasangan itu kekal hingga ke syurga.

Terdahulu, Muss telah menyandang naib juara di dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-7 sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by im mus (@immus2020)

“Salam..Alhamdulilah..Berakhir sudah Gv7 Jgn di pertikan lagi tentang keputusan juri saya mmg target Cliff akan menang sbb performance yg out standing. Tp part rap saya mmg enjoy giler”

Tempat pertama pula dimiliki oleh Cliff yang juga vokalis kumpulan Projek Pistol dan berjaya mengetepikan saingan hebat seperti Muss, Noraniza Idris, Ayu Damit, Oja, Linda Nanuwil dan Ashira.

Kemenangan itu membolehkan Cliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.

Ayu terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga. Sebagai ganjaran, Ayu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan piala.

Nasib nyata tidak menyebelahi Noraniza dan Linda apabila hanya menduduki tempat keempat dan kelima, sekali gus masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000 serta piala.

Sementara itu, Oja dan Ashira yang diumumkan sebagai pemenang tempat keenam dan ketujuh dalam pertandingan itu.

Kemenangan itu menghadiahkan mereka wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.