28 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Ibu Kandung Atas Usaha Keras Isteri

Setiap insan mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza bahkan tidak semua daripada kita dapat menjalani kehidupan yang baik sewaktu kecil.
Iospital phone repair gombak
Ada juga insan yang terpaksa berpisah dengan ibu bapa kerana kesempitan hidup dan akhirnya dibesarkan dengan kenalan ibu dan bapa ataupun saudara mara.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki akhirnya bertemu dengan ibunya semula setelah 28 tahun terpisah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Shafiqa, dia berusaha membantu suami mencari ibu kandungnya dengan memuat naik maklumat penting ke laman Facebook.

“Assalamualaikum Admin, saya mencari ibu kandung suami saya yang terpisah selama 28 tahun..”

“Suami diserahkan kepada mak angkat ketika baru dilahirkan. Dilahirkan di hospital besar terengganu.. berdasarkan maklumat yang saya perolehi, mungkin suami saya anak pertama.. ibu berasal dari Terengganu”

Siapa sangka, kurang 24 jam, ada individu di sosial media mengenali orang yang dimaksudkan dan berkongsi maklumat tentang ibu mertuanya.


Dapat kita lihat, anak beranak itu dipertemukan semula setelah sekian lama berpisah malah mereka sempat memeluk erat antara satu sama lain.


Mereka tidak dapat menahan air mata kerana terlalu rindu kasih dan belaian antara ibu dan anak.

“sy dh tunaikan janji sy,sy dh janji pada diri sndiri dan pada suami akan cri ibu kandung smpai jumpa,alhamdulillah allah permudahkan urusan kami”

Antara komen warga maya:

“Terbaik mak angkat jaga amanah dengan sebaiknya”

“Automatik keluar air mata aku”

“Syukur alhamdulillah.. bertemu juga dengan syurgamu dik.. jagalah syurgamu seperti permata ye.. kasih ibu tiada ganti”


Video yang tular di laman TikTok:

@qasehshashaz11 🥺🥲#FYP #fypシ #fypage #kongsiviral #fypシ゚viral🖤tiktok #ibu ♬ original sound – Fir🕊 – 〽️.FIRD

@qasehshashaz11 Alhamdulillah 🥰#fyp #FYP #fypシ #fypage #kongsiviral #ibu #jejakkasih ♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔Tuanmuda88🎗️S.A.E & D.E.S ⛔

@qasehshashaz11 #fypシ゚viral🖤tiktok #ibu #kongsiviral #fypage #fypシ #FYP #jejakkasih #fyp ♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔Tuanmuda88🎗️S.A.E & D.E.S ⛔