20 Sahabat Kumpul RM1600 Beli Laptop Demi Kawan Sambung Belajar Buat Ramai Sebak!

Mempunyai sahabat yang ada tika susah dan senang bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi pada masa kini ramai manusia yang suka ‘mengambil kesempatan’ dalam berkawan.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pemuda terharu apabila mendapat hadiah daripada rakan-rakannya sebelum pergi sambung belajar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut dapat kita lihat lelaki tersebut mengesat air matanya saat menerima hadiah berbentuk komputer riba.
S
Memetik laporan mStar, Farhan Azman, 20, berkata rakan mereka iaitu Nazrul, 20, memerlukan komputer riba berkenaan bagi menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

Ujar Farhan lagi, laptop berharga RM1,600 itu merupakan hasil sumbangan daripada 20 orang lagi rakan-rakan lain.


“Kami tahu Nazrul dapat sambung pengajian di Unisza. Dia antara kawan paling lambat masuk universiti sebab pendapatan keluarga dia yang tak berapa mampu nak menanggung kos pengajian.”

“Saya dan kawan-kawan lain buat rancangan nak kumpul duit bagi dekat dia. Tambahan pula kami dapat tahu dia baru kehilangan dompet. Kami wujudkan satu grup di WhatsApp untuk berbincang dan kumpulkan duit sebelum dia mendaftar 10 Oktober baru-baru ini.”

“Jumlah terkumpul ialah RM1,600. Salah seorang rakan iaitu Fakhri beri RM1,000. Dia yang minta kami belikan Nazrul laptop tu. Fakhri tak dapat belikan sendiri sebab dia dah pindah sekolah sejak kami tingkatan tiga lagi,” katanya

“Saya pergi semua kedai yang menjual laptop, setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa sebuah model yang dijual pada harga RM1,700. Lebih sedikit daripada bajet kami. Tapi saya cuba tawar menawar sampailah dapat beli dengan harga RM1,600.”

“Memang rezeki Nazrul nak sambung belajar guna laptop baharu. Jadi malam tu kami pun teruskan dengan rancangan ajak dia melepak di kedai makan,” ujarnya lagi.

Dia juga akui tidak menyangka video tersebut akan tular malah akui Nazrul sememangnya merupakan kawan yang baik menyebabkan ramai yang senang dengannya.

“Kami tak kisah nak bagi barang mahal dekat dia sebab Nazrul ni suka belanja orang. Dia akan bayar makan dan minum kawan-kawan dalam diam. Padahal dia bukanlah orang senang.”

“Apa-apa pun saya dan kawan-kawan lain harap Nazrul gembira dengan pemberian tu. Semoga dia pergi ke Unisza dengan selamat dan pulang dengan kejayaan. Jangan lupa kami semua ni sahabat dunia akhirat dia,” kata Farhan lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@5cammers

thanks semua & all the best bro kat tempat baru

♬ original sound – FARHAN.N.N