Warga Singapura Kantoi Isi Minyak Di Malaysia, Saling Bertukar Pam Kuning dan Hijau

Singapura menjual gred minyak pada harga lebih daripada empat kali ganda berbanding Malaysia. Keinginan pengguna untuk petrol yang lebih murah datang apabila harga minyak global melonjak.
Singapura sebelum ini mewajibkan semua kenderaan berpendaftaran tempatan mengisi sekurang-kurangnya tiga perempat daripada tangki minyak mereka sebelum memandu keluar dari negara itu.

Bagaimanapun, sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, banyak insiden warga Singapura telah mengundang rasa kurang senang netizen.

Hal ini kerana ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengisi petrol kenderaan menggunakan pam minyak kuning RON 95.

Seperti baru-baru ini, tular video seorang pemandu Audi bernombor pendaftaran Malaysia dan pemandu Toyota Estima bernombor pendaftaran Singapura saling bertukar pam minyak kuning RON 95 dan hijau RON 97 stesen minyak Petron Gelang Patah, Johor.

Apabila perbuatan mereka ‘kantoi’ dirakam, mereka segera bertukar semula nozel pam minyak dan meneruskan isi minyak seolah-olah mereka tidak bersalah.

‘Woi, isi minyak ke?’ jerit perakam yang ketika itu berada dalam keretanya menjerit kearah lelaki bertopi terbabit.

Pada penghujung video, sebaik kedua-dua lelaki itu selesai mengisi minyak, lelaki bertopi pergi menghampiri pemandu Audi di pam sebelah.

Untuk makluman, warga Singapura dihalang sama sekali membeli minyak petrol bersubsidi RON 95 yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia sahaja. Harga seliter untuk petrol berwarna kuning pada ketika ini bernilai RM2.05.

Sebelum ini Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi amaran kepada mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas sehingga didenda RM1 juta atau penjara makismum tiga tahun dan syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

Hantaran yang tular di laman Facebook