Ini Top 9 Tempat Makan Best Menarik Pulau Pinang 2019 Wajib Anda Datang!

Kalau melawat ke Penang, tempat paling menarik  sudah semestinya keda-kedai makan dan restoran di Pulau Pinang.

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Tidak lupa juga ikan bakar Penang, maklumlah Pulau Pinang dekat dengan dengan laut.

Jika anda mempunyai senarai tempat makan yang sedap di Penang, jangan lupa untuk kongsi juga bersama kami. Mungkin ianya akan menambah lagi bilangan kedai yang patut diterjah tahun 2018 untuk pembaca lain juga.

 

No.1 – Hameediyah Beriani

Kedai ini terletak di 164 Lebuh Campbell. Antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula. Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya. Murtabak juga antara menu wajib cuba di sini.

 

No.2 – Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah. Menu lain yang boleh dicuba di sini adalah ABC.

 

NO.3 – Astaka Taman Tun Sardon

Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini. Apa yang disyorkan kami di sini adalah ‘Serabai’. Makanan sarapan yang unik di astaka ini.

Serabai? Tidak pernah dengar, ini lagilah menyebabkan anda wajib mencubanya pada tahun 2016 ini. Anda boleh juga mencuba roti canai di sini. Tidak mengecewakan dan sedap.


Kepada yang ingin mencuba nasi lemuni, Astaka Taman Tun Sardon juga menyediakannya.

 

No.4 – Cargas Cafe Bayan Lepas

Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing.

Apa yang istimewa? Kari ikan, sotong sambal dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk suda tiada. Kari ikan pari/atau gulai ikan parinya antara menu yang wajib anda ambil. Ayam gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.

 

No.5 – Restoran Sup Hameed

Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di  Restoran Sup Hameed. Gelaran ‘best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent. Alamat tepat 48, Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang.

Sudah semestinya menu sup adalah disyorkan.

 

No.6 – Kapitan Restaurant

Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown . Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.

No.7 – Cucur Udang Chowrosta

Cucur udang disini memang lain dan antara paling sedap kami pernah cuba dalam Malaysia. Tidak percaya? Cubalah datang ke sini. Memang sedap. Kami tak tipu. Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Memang terangkat.

Cuma satu sahaja kurang menarik, agak lama untuk mendapat pesanan makanan. Semoga pakcik penjual dapat mendengar keluahan hati ini.

 

No.8 – Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru

Jika anda mencari tempat makan ikan bakar yang menarik. Apa kata anda jengah ke kedai ini. Berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang. Queensbay antara landmark yang berdekatan. Terdapat beberapa kedai bakar di sini. Kedai Nurul antara yang menjadi pilihan kami.

Anda boleh memilih untuk makan di dalam ataupun lepak di luar di bawah redupan pokok. Memang layan.

 

No.9 – Nasi Kandar Kampung Melayu

Lain orang lain rasanya. Ramai lebih menyukai nasi kandar Melayu jika ditanya tentang nasi kandar pilihan mereka di Pulau Pinang. Mungkin lebih asli. Boleh dikatakan salah satu wajib cuba untuk penggemar nasi kandar.