Terpaksa Hilang Separuh Buah Pinggang, Wanita Dedah Kesan Akibat Urutan ‘Buang Lemak’!

‘Beauty is pain’, itulah ungkapan yang sering digunakan apabila para wanita sanggup buat apa sahaja demi memperoleh kecantikan buat dirinya. Namun begitu, kita haruslah sedar bahawa kecantikan it tidak akan kekal selamanya maka kesihatan itu perlulah diutamakan terlebih dahulu.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, seorang wanita telah hilang separuh buah pinggang akibat menjalani urutan ‘buang lemak’ dengan melakukan sesi urutan kasar bagi menurunkan berat badannya.

Menurut laporan media tempatan Oddity Central, wanita tersebut dikatakan telah mengalami sakit di bahagian perut lalu terpaksa membuang separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan.

Difahamkan, wanita yang berusia 41 tahun itu telah mengunjungi sebuah spa yang terletak di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China.

Kata wanita tersebut, dia tidak dapat menahan kesakitan di bahagian perutnya sewaktu tukang urut itu sedang mengurutnya lalu bertindak memaklumkan kesakitan yang dialaminya itu kepada tukang urut berkenaan.

Bagaimanapun, tukang urut itu hanya menjawab kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan lemak yang ‘meninggalkan’ tubuh badannya.

Setelah mendengar jawapan daripada tukang urut tersebut, wanita itu terus percaya dan terpaksa menahan kesakitan sambil mengetap gigi semasa menjalani rawatan tersebut.

Akan tetapi, sakit perutnya semakin teruk sewaktu mangsa sudahpun pulang ke rumah.

Dipercayai wanita itu kemudian mengalami gejala seperti muntah dan cirit-birit setelah beberapa jam sesi rawatan penurunan berat badan itu dilakukan terhadapnya.

Ekoran itu, keluarganya terus membawanya ke hospital yang terletak di daerahnya dan dikatakan wanita tersebut berada dalam keadaan separuh koma pada ketika itu.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) telah dilakukan ke atas perutnya dan doktor mendapati angiomiolipoma di buah pinggang kiri wanita itu telah pun pecah.

Sekadar info, angiomiolipoma buah pinggang adalah tumor ‘jinak’ dalam buah pinggang yang biasanya tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.

Kebiasaannya, tindakan yang dilakukan selepas penemuannya adalah pengawasan aktif untuk memastikan agar tumor tersebut tidak tumbuh atau mula berdarah.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor membuat kesimpulan bahawa tumor itu tidak akan mengganggu wanita tersebut berdasarkan saiznya.

Walau bagaimanapun disebabkan sesi mengurut itu terlalu kasar sehingga tumor tersebut pecah dan akhirnya menyebabkan pendarahan teruk.

Oleh hal demikian, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan pembuangan tumor itu akan tetapi impaknya mangsa akan kehilangan separuh daripada buah pinggangnya yang bermaksud dia tidak dapat menjalankan fungsi normalnya.

Dilaporkan, wanita itu masih berada dalam pemerhatian di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Hangzhou.