Terima Anugerah Ikon Ekspresi Seni 2022, Adi Putra Luah Rasa Syukur

Sebut sahaja nama pelakon hebat, Adi Putra ini tentu ramai yang mengenalinya. Lebih-lebih lagi wataknya sebagai ‘Jai’ menerusi filem KL Gangster.

Malah tahun ini dia juga menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila membawakan peranan utama dalam filem Mat Kilau. Lakonannya cukup meninggalkan kesan dan membuatkan ramai kagum.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Adi Putra atau nama sebenarnya telah meluahkan rasa syukur apabila menerima Anugerah Ikon Ekspresi Seni 2022 kerana mencipta impak melalui karya seni kepada komuniti dan industri perfileman negara.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Adi Putra di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, pelakon berusia 41 tahun ini telah memuat naik beberapa keping foto sewaktu menerima anugerah dan memaparkan sijil yang diterima. Malah penghargaannya turut disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri serta Pengerusi Finas sendiri iaitu YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

“Alhamdulillah, Terima kasih YAB PM Dato’ Sri @ismailsabri60 YB Menteri @kkmm_gov Tan Sri @annuar.musa56 YB Senator Datuk Seri @zurainah.musa Pengerusi Finas serta warga @finasmalaysiadi atas Penganugerahan IKON EKSPRESI SENI 2022…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Adi Putra di atas pencapaian tersebut. Malah ada yang mendoakan agar pelakon ini akan menerima anugerah pelakon lelaki filem & drama terbaik di masa yang akan datang.

Bukan itu saja, mereka juga berharap agar Adi Putra sentiasa maju jaya dan menjadi inspirasi kepada anak seni yang lain.

Antara komen warga maya:

“Syabas terus membangun malaysia dn berdakwah serta membantu rkyat malaysia yg kekurangan Tahniah serta terus bersyukor KPD ALLAH…”


“Kami menanti Dato @adpadiputra menang Anugerah Pelakon Lelaki Filem & Drama terbaik…”

“Alhamdulillah…tahniah Dato’ @adpadiputra ….semoga Dato’ menjadi inspirasi kepada anak seni yang lain…”

“Alhamdulillah tahniah dato semoga terus maju jaya amin…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram: