Sering Tampil Tanpa Solekan, Lisa Surihani Akui Sudah Malas Untuk Berdandan

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon dan juga pengacara terkenal Lisa Surihani sering menjadi bualan hangat warganet di platform media sosial bukan kerana terpalit dengan kontroversi mahupun gosip tetapi penampilannya sebagai Muslimah sejati serta kisah penghijrahannya itu cukup membuatkan ramai peminat kagum.

Walaupun masih aktif dalam dunia hiburan, Lisa turut melibatkan dirinya dengan majlis-majlis ilmu malah perubahannya itu sangat ketara apabila hadir tanpa secalit make-up.

Iospital phone repair gombak

Memetik sumber, Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed mengakui sudah malas untuk menghiaskan diri terutamanya untuk mengenakan solekan wajah jika ingin keluar rumah.

“Saya sebenarnya dah malas fikir sangat pasal make up jika nak keluar ke mana-mana. Kalau ada netizen yang komen cakap mereka lebih suka saya tanpa make up, itu saya tak berapa nak pasti. Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi dan pengarah Dato Yusry Abdul Halim ini juga menitipkan doa buat peminat-peminatnya.

Walau bagaimanapun, Lisa mengatakan masih berusaha untuk mempelajari ilmu agama untuk terus istiqamah dengan penghijarahannya dan berharap agar ramai yang terus mendoakannya.

“Alhamdulilah, kalau mereka yang rasa benda itu baik, saya doakan untuk mereka juga. Perjalanan kita semua jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu. Saya nak belajar tentang ilmu agama, harap mampu istiqamah…” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya juga bersetuju dengan kenyataan Lisa Surihani yang mengatakan sudah malas untuk menghiaskan diri kerana mereka menyifatkan perkara itu lebih memudahkan apabila ingin mengambil wudhuk jika mahu menunaikan ibadah solat bila di luar.

Bukan itu sahaja, ada yang turut memuji wajah dan penampilan pelakon ini yang sememangnya sudah cantik walaupun tanpa secalit mekap.

Antara komen warga maya:

“senang nak ambil air sembahyang nak solat especially bila di luar..”

“alhamdulillah perubahan yang sangat-sangat baik semoga lisa menjadi contoh artis-artis lain dan peminat-peminat juga diri saya…teruskan lisa..keikhlasan terpancar pada wajah lisa..”


“alhamdulillah syukurr..semoga kehadirannya dapat memberikan manfaat pada insan-insan yang berada di sekeliling beliau..amin ya rabb..”

“memang cantik sangat dia makeup tak makeup ke memang cantik..”