“Sejuk mata memandang..” Penampilan Lisa Surihani & Neelofa Raih Pujian Ramai

Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu mengenai beberapa pelakon yang tampil seksi atau berpakaian menjolok mata. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang dikatakan sengaja mencari kontroversi dengan melakukan perkara atau mengeluarkan statement yang tidak baik.

Pun begitu dalam pada ramai artis yang ‘berpusu’ mendedahkan aurat, Lisa Surihani lebih memilik untuk menutup aurat sepenuhnya malah jarang tampil di layar perak.

Terbaharu, Lisa Surihani dilihat telah dijemput oleh pelakon dan usahawan terkenal Neelofa untuk menjadi tetamu jemputan sebuah rancangan televisyen bual bicara ‘Next To Neelofa’ musim kedua ini.

Rancangan ini membincangkan topik berkaitan kesihatan, kesejahteraan, cinta dan hubungan, kecantikan dan gaya, perihal wanita, ibu bapa dan kerjaya serta temubual bersama tokoh terkenal tanah air.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lisasurihani_ di laman TikTok, kelihatan Lisa Surihani dan Neelofa yang sedang berada di set pengembaran rancangan tersebut berpelukan dan berpegangan tangan dengan sangat mesra sebelum berbual-bual di atas sofa.

Lisa yang tampil mengenakan sepasang jubah berwarna ‘maroon’ itu dilihat sangat sopan, cantik dan tidak lekang dengan senyuman. Malah mereka juga turut dilihat mengalirkan air mata.


Dalam pada itu, sebuah video lain yang memaparkan kedua-dua selebriti ini telah berbual tentang sebuah naskah di atas meja. Namun padangan mata Neelofa mencuri perhatian kerana seperti tidak dapat melepaskan pandangannya dari menatap wajah Lisa Surihani.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dan memuji kecantikkan kedua-dua pelakon ini yang sejuk mata memandang dan sopan. Lebih-lebih lagi Lisa Surihani yang tampil tanpa bersolek.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar Neelofa dan Lisa tetap istiqomah sekaligus dapat menjadi contoh buat orang ramai.

Antara komen warganet:

“Neelofa terpegun ke nampak Lisa..Masha’Allah bidadari-bidadari ni”

“Dalam hati lofa..Masha’Allah cantiknya Lisa..sangat sangat cantik..”

“Cantiknya baju lisa..berseri-seri lisa pakai walaupun tak bersolek..”

“Lisa natural beauty..make up tetap sejuk mata memandang..”

Perkongsian vidoe yang tular di laman TikTok:

@lisasurihani_ BismillahimasyaAllah #lisasurihani #neelofa #fyp #fyp #fypviral #masukberandamu ♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

@lisasurihani_ BismillahimasyaAllah #lisasurihani #fyp #fyp #masukberandamu ♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian