Pelakon Popular Sejak Kecil, Penampilan ‘Simple’ Erynn Erynna Terima Pujian Netizen

Siapa yang pernah menonton filem seram ‘Congkak’ dan ‘Damping Malam’ pasti ada yang mengenali seorang pelakon kanak-kanak popular Erynne Erynna. Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdulllah ini sememangnya cukup dikenali ramai.

Iospital phone repair gombak
Sejak 2004 lagi, dia telah bergiat aktif dalam bidang lakonan. Bukan itu sahaja, Erynn juga pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008. Malah bakatnya juga cukup dipuji dan dikagumi.

Meskipun wajahnya masih ‘mantain’ sama seperti dahulu, pelakon ini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya sewaktu umur 21 tahun. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Medinah.

 


Walaupun sudah lama tidak muncul di layar perak, Erynn sering berkongsikan tentang perkembangannya di platform media sosial.

Baru-baru ini, Erynne telah memuat naik sebuah video di laman Instagram yang juga mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan gelagatnya bersama cahaya matanya Medinah di Genting Highlands.

Di dalam video itu, telatah mereka membuatkan Erynn dan anaknya seperti adik dan kakak. Malah penampilan dan style pelakon ini juga kelihatan sangat simple walaupun sudah mencecah umur 25 tahun.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji dan menyukai imej Erynn yang ‘simple’ malah ramai mengatakan mereka meminati pelakon ini sejak dia kecil lagi.

Bukan itu sahaja, ada juga tidak percaya bahawa aktres kanak-kanak ini sudah membesar dan mempunyai cahaya mata sendiri.

Antara komen warga maya:

“walaupun berumah tangga sudah ada anak..muka dari kecik sampai sekarang..tetap comey..”

“Alahhh macam keluar dengan adik bongsu je..dulu tengok berlakon congkak kecik je lagi..”

“aku yang cepat tua ke atau budak ni cepat besar dulu tengok kecik je..”


“awak akak follow awak dari awak kecik-kecik sekarang dah ada anak..awak kalau bawa watak sedih memang jadi je masa kecik-kecik kan adehh rasa tua dah hakak..alhamdulillah semoga awak bahagia hingga ke jannah aminn..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)