“Nikmati hidup jadi suami..” Isteri Mula Berhijab, Usop Mentor Gembira Rumah Tangga Makin Baik

Sebagai pasangan suami isteri, tanggungjawab dan peranan yang digalas bukanlah mudah apatah lagi dalam mendidik isteri dan anak-anak.

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang penyanyi yang mula menempa nama selepas merangkul naib juara dalam program Mentor Milenia 2017 ini.

Terdahulu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor telah berkongsi berita gembira di laman Instagramnnya apabila meluahkan rasa syukur serta terharu kerana isterinya kini telah menutup aurat dan tampil berhijab sepenuhnya.

Memetik sumber, penyanyi ini mengatakan keputusan isterinya Nur Fatihah Md Hisham untuk melakukan perghijarahan adalah selepas mendengar nasihatnya.

“Saya tanya dia, nak dapat rezeki banyak tak? Dia jawab nak. Lepas tu saya tanya lagi, kalau betul-betul nak, boleh tak awak pakai tudung?” katanya.

Tambah Usop, isterinya yang lebih mesra dipanggil Teha itu tidak mengambil masa yang lama untuk nekad mengenakan penampilan berhijab dan niat menutup aurat.

“Tak fikir panjang, dia terus setuju. Dari situlah detik dia tetapkan niat untuk tutup aurat. Apabila isteri dengar cakap suami dan suami juga dengar kata isteri, barulah segalanya menjadi, insya-Allah” ujarnya.

Menurutnya, apabila isterinya tampil mengenakan penampilan yang sopan dia mengakui kehidupan dan rumah tangga mereka bertambah baik.

“Jujurnya, walaupun baru berkahwin, saya dah mula nikmati hidup sebagai suami. Segala yang dirancang berjalan lancar dan kini cuma menunggu kehadiran orang baharu dalam hidup kami berdua” tambahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa buat isteri Usop agar sentiasa istiqomah dalam menutup aurat malah mereka juga memuji kecantikan Nur Fatihah yang mengenakan penampilan berhijab itu.

Antara komen warganet di laman Facebook:

“Terserlah keayuannya bila berhijab. Alhamdulillah..”

“Alhamdulillah..bila dah bertudung nampak cantik sangat..lepasni perlahan-lahan tutup aurat bahagian lain pula..”


“Alhamdulillah..ini yang kita cari..semoga terus istiqamah..aamin..”

Sekadar info, Usop telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihannya Nur Fatihah Md Hisham pada 4 Februari 2022 yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Pulau Pinang.

Hasil perkongsian hidup, Usop mengesahkan isterinya sudah berbadan dua pada Mac yang lalu.