Mawar Rashid Selamat Timang Baby Girl, Beri Nama Raden Seri Riyanna Sayang

Siapa tak kenal pelakon dan usahawan cantik berdarah campuran Thailand, Mawar Rashid. Ramai sedia maklum Mawar hamil dan hanya menunggu masa saja untuk bersalin.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, Mawar dan keluarganya sempat mengadakan majlis sambutan hari lahir anak perempuannya secara tak langsung membuat gender reveal.

Awal pagi tadi, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Khabar gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Mawar menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

Mawar menzahirkan kesyukuran kerana proses melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Riyanna Sayang secara normal dipermudahkan Allah SWT.

“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sama seperti dua anak saya sebelum ini, Rafael & Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya.

“Ucapkan hai kepada, Raden Seri Riyanna Sayang,” tulis pelakon berusia 28 tahun itu.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian perkhabaran bahagia itu sudah pun mencecah sehingga 39, 826 likes!

Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob yang juga adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.

Meneropong ke ruangan komen, ramai rakan artis termasuk Wawa Zainal dan Emma Maembong mengucapkan tahniah kepada Mawar dan Raf atas kelahiran cahaya mata mereka yang ketiga.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh rakan artis di Instagram

“tahniah mawaraf❤️selamat berpantang mawar syg”

“awww congratulations 😢❤️❤️❤️❤️❤️”


“Alhamdulillah. Congrats Mawar syg ❤️”

“Congratulations mawar ❤️”

congratulations 😍😍😍

Hantaran yang tular di laman Instagram

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)