“Jangan cepat judge kata saya jealous,” Mawar Karim Perjelas Isu Larang Panggil Mummy Atau Mama

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar dianggap cemburu hanya kerana menjawab pertanyaan pengikutnya di IG Story.

Menerusi laporan portal-portal hiburan lain, Mawar Karim dikatakan melarang sesiapa pun bakal isteri Fizo Omar untuk menggunakan panggilan Mummy atau Mama kepada anak tunggalnya bersama Fizo, iaitu Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

“Bagi Kak Mawar, tak marah kalau bapa Maryam nak kahwin. Lagi gembira dan cepat-cepat kahwin, lagi bagus. Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna.

“Kak Mawar tak sempurna, serba kekurangan. Kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Walau bagaimanapun, Mawar mengingatkan kepada bakal isteri Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’.

“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar.

“Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa.

“Bagi Kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu lagi dikenang. Masing-masing ada kehidupan dan pilihan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas,” katanya.

Namun begitu, Mawar terkejut dengan ‘highlight’ yang mengatakan dia melarang panggilan itu di beberapa portal hiburan sehingga menyebabkan ramai salah sangka terhadap kenyataan tersebut. Ini penjelasan yang diberikan;

“Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih. Maaf ya sy bukan jenis cepat melenting mahupun melatah kakak2 sekalian,

“Sy tidak ambil hati mahupun terasa hati dengan komen2 yg kelakar. Sekali imbas sahaja sy baca terlalu banyak response sy terima.

“Cuba faham betul2 apa yg sy kata ini sangat ringkas dan mudah di fahami. Juga JELAS perkataan mummy or mama. Ay000…Dua panggilan ini khas buat Maryam utk sy.

“Selain itu ibu / Umi / bonda kawasan / sewaktu dengan nya terpulang one day Kalau Maryam di takdir kan dapat mak BARU.

“Sy masih waras & belch berfikir secara logic kakak2 syg semua, jangan cepat judge kata sy jealous. II ft. Masing2 sudah mempunyai kehidupan sendiri tidak perlu iri hati siapa lebih siapa kurang.

“Yg pasti FOCUS utama sy utk Maryam . Tiada masa nk jealous kehidupan siapa2. Chill2 saja kakak2 syg…. Banyak benda Ig sy nk fikir utk masa depan, jangan risau ya.”

Menurut Mawar lagi, fokus utamanya kini adalah untuk Maryam dan tiada masa untuk cemburu dengan kehidupan siapa-siapa.