“Macam cikgu PJ sekolah saya dulu..” Penampilan Neelofa Pakai T-Shirt & Tudung Sarung Curi Perhatian Netizen

Seorang pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dek kerana ada sahaja kontroversi yang tercetus tidak kiralah sebelum berkahwin, sesudah berkahwin bahkan pelbagai isu dalam perniagaan sehinggakan ada yang menggelarnya ‘kalis kecaman’.

Sejak kebelakangan ini, namanya sentiasa disebut dan menjadi bualan hangat oleh netizen di platform media sosial lebih-lebih lagi mengenai wajah anak lelakinya Muhammad Bilal.

Siapa yang mengikuti perkembangan selebriti ini pasti sudah sering melihat Neelofa tampil dengan mengenakan pakaian yang dikatakan sentiasa bergaya dan ‘classy’.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pakaian yang dikenakan tidak seperti penampilannya yang selalu kita lihat dan dia sekali lagi menjadi bahan bualan netizen di serata media sosial.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @seorangnur ini memaparkan Neelofa yang tampil dengan baju t-shirt berwarna merah dan bertudung sarung sambil menjinjit beg di sebuah gelanggang futsal untuk memberikan sokongan kepada suaminya Haris Ismail.

Dalam pada masa yang sama, Neelofa juga sempat berseloroh mengatakan kehadirannya pada malam tersebut adalah dibayar.

Selain itu, terdapat juga video yang lain dimana Neelofa yang menjadi penyokong itu sempat mengusik suaminya dengan berpesan agar tidak memalukannya yang hadir menyokong.

“Jangan malukan kami, jangan malukan kami” kata Neelofa kepada pasukan suaminya sambil ketawa.

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen terhibur dan ada juga yang tidak menyangka akan melihat selebriti terkenal Neelofa yang tampil bersahaja.

 

 


Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi tentang penampilan Neelofa di gelanggang futsal yaang hadir untuk menyokong suaminya bermain.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan isteri kepada PU Haris ini saling tak tumpah seperti cikgu Pendidikan Jasmani malah mereka turut memuji Neelofa yang nampak comel apabila memakai tudung sarung.

Antara komen warganet:

“kalau orang yang record ni tak mention nama lofaaa , srs tak cam pun tu lofa…nampak lain pulaaaa but still cantikkkkk”

“First time tgk Lofa pakai mcm ni..nmpk mcm cikgu PJ..”

“dia tak main pun , tapi dressup betul-betul macam cikgu sekolah time pj ..”

“macam ustazah datang latihan rumah sukan merah..”

“Hahahahah comelllnyeeee lofaaa hahahahah..”

Perkongsian video yang tular di laman TikTok:

@seorangnur Hahahaha. Mahal pak ustad bayar untuk kehadiran penyokong ni 🤣 Comeyy je Lofa 😂 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@seorangnur “Jangan malukan kami, jangan malukan kami” 😂🤣 Lawak la Lofa ni #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 855.3k tontonan, 47.5k tanda suka, 342 komen, 1913 simpanan, 509 perkongsian di laman TikTok.