Kongsi Status Terkini & Ciri Bakal Isteri, Shuib Sepahtu Dedah Anak Minta Seorang Ibu

Tidak dinafikan, kehilangan pasangan hidup selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga adalah perkara yang paling sukar buat seseorang individu.

Meksipun tidak pernah terdetik untuk mencari pengganti namun demi anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu atau bapa juga semestinya bukan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu ini apabila mendedahkan anak-anaknya itu telah menyuarakan hasrat untuk mempunyai wanita yang boleh menjadi pendamping mereka seperti seorang ibu.

Memetik sumber, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ini menjelaskan secara zahir keempat empat cahaya matanya dilihat memerlukan seseorang yang dekat serta menemani mereka berjalan-jalan dan sebagainya.

“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka. Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baru dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang…”

“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka…” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengatakan dia kini sudah bersedia untuk membuka hatinya dan mencari wanita yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya namun dia masih belum bersedia untuk berkongsi. Malah dia turut menyifatkan perasaan sememangnya tidak boleh dipaksa dan hanya mampu menyerahkan perkara itu kepada Allah.

“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… Kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu. Tapi kini bila masa dah berjalan…saya nampak mungkin dah ada ke arah tu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini…”

“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya…” tambahnya lagi.


Walau bagaimanapun, pelawak yang berusia 38 tahun ini memberitahu ciri-ciri yang dilihat kepada wanita yang boleh menjadi isterinya kelak haruslah mempunyai sifat keibuan yang boleh menyayangi dan memberikan kebahagian kepada anak-anaknya.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara. Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tu tak berapa penting kerana bila dah ada anak ni keutamaan pada mereka yang sedang membesar…”

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi. Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti…” jelasnya lagi.