“Inspirasi anak muda ni” Miliki Rumah Kedua, Janna Nick Raih Perhatian Netizen

Memiliki sebuah aset seperti rumah dan kereta dari hasil penat lelah sendiri merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan. Lebih-lebih lagi kepada golongan muda. Manakan tidak, dengan kos sara hidup yang semakin mahal dan tinggi ini membuatkan segelintir orang tidak memilih untuk membeli sebuah rumah. Namun, tidak hairanlah bagi seorang individu yang bergelar selebriti seperti pelakon Janna Nick ini.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon ini? Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick ini banyak memenangi anugerah dan pencalonan sekaligus membuatkan dirinya sebagai pelakon yang paling dikenali dan diminati ramai. Bukan itu sahaja, dia juga telah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan single pertama yang bertajuk “Mungkin Saja”.

Pun begitu, baru-baru ini foto yang dimuat naik olehnya di laman Instagram telah mencuri perhatian ramai kerana berkongsi berita gembira bahwa dia berjaya memiliki sebuah rumah teres. Difahamkan, rumah tersebut merupakan kediaman miliknya yang kedua.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen dengan hashtag #newhouse.

Di dalam foto tersebut, kelihatan Janna Nick sedang duduk bersila sambil berlatarkan belakang rumah teres tiga tingkat miliknya. Malah pelakon ini juga tidak jemu dari membalas komen-komen rakan-rakan artis dan pengikutnya yang memberikan ucapan tahniah di atas pencapaianya.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Wany Hasrita, Izzue Islam, Adeline Sen, Amyra Rosli dan ramai lagi telah mengucapkan tahniah kepada Janna Nick yang berjaya memiliki kediaman kedua itu.

Malah peminat-peminatnya turut menitipkan doa buat pelakon ini agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen rakan artis dan warganet:

“Wohooo..alhamdulillah..semoga rezeki awak makin melimpah ruah..”


“Congrats adik ku! Let me do your ID please..”

“Woww mantap anak muda…rumoh no berapa doh nie??”

“Alhamdulillah..tahniah Janna..so proud of u..kena kerja keras and lebih rajin ya..Insha’Allah i will always support u..”

“Alhamdullilah syukur..semoga rezeki janna melimpah ruah lagi..Aammin. Inspirasi anak muda ni..Congrats Janna..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)