Kebelakangan ini, perniagaan pengusaha dobi dilihat semakin maju kerana ramai di antara kita yang gemar menggunakan perkhidamatan layan diri tersebut.
Bukan sahaja mudah digunakan, malah servis yang disediakan menjimatkan masa dan tenaga, sesuai untuk golongan bekerjaya yang sibuk sehingga tidak sempat untuk mencuci pakaian.
Pun begitu, kini pengusaha dobi bakal berdepan masalah besar kerana terdapat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menjual syiling atau token dobi layan diri di platform Shopee.
Seperti yang ditularkan oleh pengguna Twitter @SyedAkramin baru-baru ini, difahamkan penjualan di platform itu menawarkan dalam jumlah serendah 100 unit, pelbagai jenis dan bentuk seiring dengan mesin dobi layan diri yang tersedia dalam negara.
Penularan penggunaan token dobi yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di dobi ini secara tidak langsung bakal memberi kerugian buat pemilik dobi layan diri sekiranya digunakan secara meluas oleh individu tidak bertanggungjawab.
Lebih teruk, bukan sahaja token mesin dobi layan diri sahaja, malah mesin air, arcade dan sebagainya antara yang turut ditawarkan.
Bagi mengelakkan isu ini berterusan, dicadangkan pemilik perlu menawarkan pembayaran secara kod QR, secara cashless.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan cadangan jenis pembayaran cashless yang lebih efisien. Selain itu, mereka turut menegur tindakan segelintir individu yang sanggup membeli token ini di Shopee berbanding membayarnya di dobi.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
I have ALWAYS preferred self-laundry outlets with cashless machines.
But noooooooo korang suka sangat dok pakai coins tu 🥱 https://t.co/qM94kVSf01
— Cicer Kasha (@ultranatasja) February 18, 2023
Tak baik doh seller dan juga tukang beli ni. Modal dobi sendiri bukan murah-murah. Semoga pelaku yg tahu perbuatan dia ni tak bermoral tapi beli juga dan guna juga sentiasa ditimpa musibah. https://t.co/t7r1xpkdAe
— naufalantezem (@NaufalAntezem) February 18, 2023
Yes cashless please macam dekat hartamas. https://t.co/5mQtWWpHQq
— Chris Enteri (@ChrisEnteri) February 18, 2023
I cant. Rasa brdosa ya menipu mcmni, u use their electricity, soap, softener etc. How can yall live like this https://t.co/2VjvcvIELk
— jihanakin (@GieIzzati) February 18, 2023
Rakyat oh rakyat… biasanya org yg sama je yg duk laung kerajaan zalim, kerajaan bnyk rasuah, dia la yg duk mencuri dlm diam.
Bayangkan dobi harga ringgit2 pn dh mengelat nak byr, klau dpt rasuah juta2 mananya tak gelap mata.
Rakyat mencerminkan kerajaan. https://t.co/58czwbXLIl— Luqman Hakim (@luqmanhakimnote) February 18, 2023
Ciapan yang tular di laman Twitter
Dekat Shopee ada orang jual coin dobi serendah 28 sen sekeping. Total jualan melebihi 73k. Bayangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha dobi. Saya cadang agar pengusaha dobi tukar kepada cashless method i.e QR code. pic.twitter.com/fkROAl3yUp
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 17, 2023