Hubungan Noor Nabila dan Engku Emran Baik2 Sahaja, Buang Gambar Suami Sebab Merajuk

Sebelum ini, kecoh desas-desus khabar mengatakan hubungan rumah tangga kakak selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran sedang bergolak.

Dakwaan berkenaan bertambah kuat setelah netizen perasan Noor Nabila bertindak untuk memadam semua gambarnya bersama Engku Emran di Instagram, termasuklah gambar perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini hubungan pasangan berkenaan dilihat masih baik selepas tular satu video di TikTok memaparkan mereka berdua hadir ke majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

Menurut Noor Nabila ketika ditemui media, dakwaan mereka berpisah hanyalah khabar angin semata-mata. Malah jodoh mereka masih utuh. Tambah Nabila lagi, dia memadam gambar bersama suaminya kerana merajuk.

“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami.

“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.”

Kata kakak kepada Neelofa ini, dia sedar tindakannya itu akan menjadi buah mulut netizen dan media namun sudah menjadi lumrah untuk kaum wanita kadang kala bertindak tanpa berfikir kerana terlalu ikutkan perasaan.

Bukan itu sahaja, yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila khabar angin ini turut memenuhi media-media tempatan di Indonesia!

“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau.”

Katanya lagi, sudah menjadi adat dalam rumah tangga ada pasang dan surutnya. Dalam pada itu, Noor Nabila turut mengabaikan orang-orang yang menilai kerana akui tidak akan mampu memuaskan hati semua orang.

Video yang tular di laman TikTok

@budieychannel Apa yang anda faham tentang video ini? Satu video 1001 kisah kehidupan. #fyp #ddnkwedding #errafazira ♬ Bahagiamu Bahagiaku – Zinidin Zidan