“Boleh berlakon untuk school project je” Anak Fasha Sandha Mula Tunjuk Minat, Tapi Akur Bekas Suami Tak Izinkan Jadi Pelakon

Bagi pelakon yang mempunyai anak yang masih kecil, mereka mungkin sudah bersedia atau memberikan keizinan jika anak-anak mereka bergelar artis pada masa akan datang.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, ada juga di antara mereka yang kurang gemar jika si anak menjejaki langkah mereka sebagai anak seni atas sebab-sebab tertentu.

Persis kisah perkembangan anak aktres jelita, Fasha Sanda yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya sendiri baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dibuat, Fasha merakam bakat lakonan anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma, 8 menerusi pementasan teater di sekolah anak keduanya itu.

Menurut Fasha, dia bangga melihat kesungguhan anaknya dalam menjayakan watak yang ditugaskan kepadanya.

“My eight year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon.

“Unfortunately, Dada (bekas suami Fasha) tak izinkan jadi pelakon TV/filem,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.

Jelas Fasha, bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai setakat ini hanya membenarkan anak-anak mereka untuk berlakon dalam projek pementasan sekolah sahaja.

“Jemyma dan Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang! Good job Jemyma!

“Ibu, Dada dan Ayah (Aidil Aziz) proud of you!” tulis Fasha lagi.

Netizen turut memuji gaya lakonan Jemyma yang saling tak tumpah ibunya. Dalam pada itu, tak kurang yang kagum melihat hubungan profesional antara Fasha dan Jejai.

Walaupun sudah berpisah, mereka tetap berkawan baik demi cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

Untuk rekod, Fasha dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Aisha Amaira, 3, hasil perkahwinan keduanya bersama pelakon Aidil Aziz, 36, yang dinikahinya pada 30 Mac 2019.

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)