Berkat Doa Bapa, Oktovia Manrose Luah Rasa Syukur Dapat Hidayah Untuk Berubah

Pelakon adik beradik, Oktovia Manrose dan Apreena Manrose ini sering mencuri tumpuan netizen kerana penampilan mereka yang sentiasa cantik berhijab dan dilihat masih dalam proses penghijrahan untuk menjadi lebih baik.

Iospital phone repair gombak
Baru-baru ini, Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini telah memuat naik satu coretan di laman Instagram tentang perubahan mereka yang mempunyai kaitan bapanya iaitu bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan.


Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang berusia 31 tahun ini mengatakan berkat doa dan istiqomah seorang bapa mungkin menjadi asbab untuk dirinya menerima hidayah untuk berubah serta menebus kekhilafan dulu.

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah. Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” katanya.

 

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan watak Fira dalam drama ‘Bila Cupid Jatuh Cinta’ ini turut meluahkan perasaan syukur kerana hari demi hari dia sudah semakin faham tentang tujuan hidupnya.

“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Oktovia mengakui dia sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana pernah tertanya-tanya pada dirinya sendiri sama ada sempat atau tidak untuk berubah menjadi baik.

Malah sejak mengenakan penampilan bertudung, dia telah merasai satu persatu perubahan yang ketara dalam dirinya dan percaya perkara itu adalah usaha yang tulus dari doa bapanya.

“Satu persatu perubahan dalam diri. MasyaAllah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Ayahanda Iwan Syahman,” tambahnya lagi.

Akhir kata, Oktovia juga mendoakan agar dia dan ahli keluarganya akan sentiasa istiqomah dan mendapat pengakhiran yang khusnul khatimah.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif buat Oktovia dan Apreena Manrose agar sentiasa diberikan kekuatan untuk istiqomah menuju ke jalan yang baik.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan turut kagum dengan perubahan mereka.

Antara komen warga maya:

“MashaAllah TabarakAllah! Semoga sentiasa diiringin sifat & kekuatan dari Allah SWT dan sentiasa istiqomah kerana Allah SWT & Rasulullah SAW.. doa juga buat saya..”


“Yaallahh kuatkan juga hati aku nie utk berubah ttup aurat dgn sempurna..iwan ayah yg baik mnjadi contoh ikutan anak2 inshaallah..”

“Ya Allah…tersentuh dgn kata2 ini..semoga Allah kuatkan hati n terus istiqomah..amin Ya Rab…”


“MasyaAllah. Moga terus istiqomah dan menjadi asbab hidayah untuk seluruh umat…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)