Bayaran Sebagai Pengacara Cecah RM40,000? Ini Respon Nabil Ahmad

Tidak dapat dinafikan, seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio terkenal Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ini sememangnya cukup popular dalam industri seni. Malah penghijrahannya juga membuatkan ramai kagum

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan tujuh senarai selebriti tanah air yang mendapat bayaran termahal sebagai pengacara telah mencetuskan reaksi dalam kalangan netizen.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanamirul771, menunjukkan Fara Fauzana, Raja Azura, Awal Ashaari, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Ac Mizal, Zizan Razak turut tersenarai dalam “Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal”.

Dalam video tersebut, Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara yang mendapat bayaran termahal di Malaysia dengan harga RM40K.

Memetik sumber, Nabil telah menolak dakwaan tersebut dan mengatakan tidak pernah mendapat bayaran tertinggi seperti itu sepanjang kariernya dalam bidang tersebut.

“Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu…”

“Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu…” katanya.

Tambah pelawak yang berusia 39 tahun ini, dia tidak berani untuk meletakkan nilai yang terlalu tinggi dan mementingkan kualiti serta kepuasan klien dari segi pengacaraannya.

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay…”

“Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” jelasnya.


Walau bagaimanapun, Nabil turut menjelaskan hanya meletakkan bayaran secara sederhana sahaja kerana lebih mengutamakan hubungan jangka masa panjang dan baik dengan pihak lain dalam industri seni.

“Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh..”

“Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak ‘best’ pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang..” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut melihat bayaran Nabil Ahmad sebagai pengacara malah netizen juga menyifatkan bayaran tersebut berbaloi dengan hasil kerja yang diberikan oleh pelawak itu.

Bukan itu sahaja, warga maya turut memberi andaian mungkin harga Kak Lina Pom Pom juga akan naik sebagai pengacara kerana telatah lucunya.

Antara komen warga maya:

“lepas ni akan terselit Kak Lina Pom Pom..”


“Nabil dulu jadi mat despatch, sekarang income 40k ooo…rezeki masing-masing kita tak tahu kan..”


“Memang dah jangka Nabil punya payment. Dia punya bukan beshe-beshe weh…”


“bayaran mahal hasil kerja pun kena padu..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@wanamirul771 top7 bayaran pengacara/host selebriti… kita layan part 1 dulu ya… #viraltiktok #keluargamalaysia #fwaipie #sukasuka #malaysia ♬ original sound – wan amirul