Bangga Duduk Sebaris Dengan Pengarah Syamsul & Adrian, Janna Nick Akui Mahu Berjaya Seperti Mereka

Pelakon hebat, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ini sememangnya cukup dikenali ramai dalam dunia hiburan.

Malah dia juga pernah memenangi banyak anugerah dan percalonan sekaligus membuatkan dirinya sebagai aktres yang paling popular dan diminati ramai.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, pelakon yang berusia 27 tahun ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan, nyanyian serta turut bergelar seorang pengarah dan penerbit.

Selain itu, dia pernah mengarahkan telefilem pertamanya yang berjudul ‘Delen’ pada Februari tahun lalu.

Baru-baru ini, Janna Nick telah meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dapat dapat duduk sebaris dengan pengarah popular, Syamsul Yusof dan Adrian Teh dan menerima anugerah Ikon Eskperesi Seni 2022.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, memaparkan beberapa keping foto dan video ketika berada di sebuah majlis yang mengiktiraf kerja seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Sebaris dengan orang-orang hebat hari ini. Harapnya satu hari nanti boleh beriaya macam mereka. Terima kasih untuk nasihat serta tips-tips yang berguna Syamsul Yusof dan Adrian Teh. Terima kasih juga Finas kerana telah memilih sebagai lkon Ekspresi Seni 2022,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Syamsul Yusof dan Adrian turut menjadi penerima pengiktirafan sebagai Ikon Ekspresi Seni 2022 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan warga maya turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Janna Nick di atas anugerah yang diperolehinya.

Bukan itu sahaja, mereka juga menitipkan doa serta kata-kata semangat buat pelakon ini supaya semakin berjaya dan semangat untuk meneruskan impiannya itu.

Antara komen warga maya:

” #Janetakkesian dah…congrats…”


“Congratulations Janna..next mission is to tercalon dlm FFM..Jgn lupa tu..love u..”

“Alhamdulillah. Tahniah beb. Semoga semakin semangat untuk teruskan cita-cita ni dan semakin berjaya…”

“Congrats mommy semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan, dan berjaya seperti mereka amin…”

“Alhamdulillah.. insyaAllah org yang berusaha kuat pasti akan berjaya suatu hari nanti…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)