Atikah Suhaimi Pelik Dipuji Muda, Sedangkan Umur Baru Cecah 30-an

Isu mengenai ‘umur’ ini sememangnya satu perkara yang sensitif buat segelintir individu. Lebih-lebih lagi untuk golongan wanita. Ada yang berpendapat sekiranya seseorang itu mencapai umur 30-an sebenarnya sudah dikira tua.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaimie yang telah mencuri perhatian warga maya apabila memuat naik satu video tentang isu tersebut di laman TikTok.

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan Atikah Suhaimie yang sedang meluahkan perasaan pelik dengan sesetengah orang apabila bertemunya pasti akan mengatakan dia masih nampak muda.

“Shoutout to 30yr old ladies out there. 30 masih muda okayyyy bukan tua.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meskipun baru sahaja berusia 31 tahun, Atikah turut menyifatkan adakah dirinya perlu kelihatan seperti ‘makcik-makcik’ kerana umurnya itu.

“Lepastu i macam pelik i umur 31 tau bukan 50… apa, kalau umur 31 tu you kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Mesti lah lah saya nampak muda sebab 31 is muda, 31 is young bukan tua…” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui umur pelakon ini kini mencecah 31 tahun namun masih kelihatan seperti remaja 20-an.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan mempunyai pengalaman yang sama mengenai isu usia mereka yang 30-an tetapi ditegur seolah-olah sudah tua.

Antara komen warga maya:

“srslah 31 tapi bawa watak budak sekolah lagi…”


“i rasa that’s a compliment that you looks younger than ur age kot?..”

“sumpah lah 31.. i think 25 macam tu…serious artis mana pun kalau pandai jaga everything akan still nampak muda..”

“mungkin orang tu takde benda nak cakap macam jumpa depan mata…jadi saja lah cakap macam tu walaupun sebenarnya u memang still young lagi..”

“yes it’s truth…sama lah saya selalu dapat soalan macam ni…dorang ingat i umur 22..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@atikahsuhaimeeee Shoutout to 30yr old ladies out there. 😂😂 30 masih muda okayyyy bukan tua. 😤 #fyp #tiktokmalaysia #singaporetiktok #singaporetrending ♬ original sound – atikahsuhaimeeee