“Jangan Buat Kerja Tuhan Dan Menghukum” Aliff Aziz Akhirnya Keluarkan Kenyataan

Pelakon Aliff Aziz akhirnya keluarkan kenyataan di dlaam Instagram miliknya dan mengakui dia telah melakukan kesalahan dan memohon maaf selepas beberapa hari mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu kecurangan terhadap isteri, lapor mStar.

Dia bukan mahu menegakkan benang yang basah sebaliknya menyedari bagaimana keluarganya dan isteri, Bella Astillah begitu kecewa dengan episod kedua kecurangannya itu, kata Aliff.

“Saya memohon maaf untuk kekhilafan kali ini walaupun saya tahu tak mampu mengubah apa-apa. Saya berpegang teguh kepada pegangan selagi nyawa masih ada tiada yang boleh hukum sama ada seseorang itu boleh atau tidak boleh bertaubat,” katanya menerusi satu hantaran mesej InstaStory pada Sabtu.

Semalam, Aliff turut membuat kenyataan secara terus di laman sosialnya itu dengan niat memohon maaf kepada semua peminat dan keluarganya.

Dunia hiburan pada Rabu lalu kecoh apabila Bella Astillah, 23, mendedahkan Aliff Aziz berlaku curang apabila keluar bersama pelakon baharu Oktavia Manrose, 23, selepas mereka berkunjung ke sebuah kelab malam.

Bella turut mendakwa memiliki tiga video membuktikan kecurangan suaminya itu dan berhasrat mendedahkan kepada ahli keluarga terdekat.

Oktavia juga mengakui kesalahannya dan memohon maaf selain beranggapan dia tidak wajar keluar dengan suami orang.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi, saya memberi masalah kepadanya dan berasa sangat bersalah terhadapnya.”

Ini merupakan kesalahan kedua Aliff kerana sebelum ini dia ‘kantoi’ keluar bersama pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke namun hal berkenaan dapat diselesaikan selepas Aliff mengaku kesal dengan kesalahannya itu.

Dalam pada itu tambah Aliff, dia tidak menyalahi isterinya berkongsi perasaan hati di Instagram namun dia berasa amat bersalah kerana berlaku curang terhadap Bella.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi, saya memberi masalah kepadanya dan berasa sangat bersalah terhadapnya,” kata Aliff.

Tambah pemuda yang berasal dari Singapura ini lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan dalam kes berkenaan, kesalahan itu berpunca daripada dirinya dan dia rela untuk menerima kecaman netizen.

Alif juga sedang berusaha untuk memulihkan rumah tangganya yang retak ketika ini.

“Mengenai hubungan saya dengan isteri, biar saya selesaikan kerana banyak perkara perlu diperbetulkan, kesilapan pada Allah biar saya uruskan dan begitu juga ibu-bapa,” katanya yang enggan lagi memberi sebarang komen selepas ini.

Tambahnya, selagi bernama manusia, seseorang itu akan mempunyai dosa dan disebabkan rahmat Allah itu luas, Allah menutup aib seseorang dan jangan ada pihak mahu melaga-lagakan sesama insan terutamanya melibatkan hal orang lain.

Aliff dan Bella bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seprang anak lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia hampir dua tahun.