“Nak Anak Lagi? Tunggulah Cukup 2 Tahun Dulu”

Islam sangat mementingkan perancangan & strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.

Jom kita ikuti perkongsian Puan Rabihah Abdul Rashid tentang bagaimana untuk menguruskan kehamilan.

Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted).

Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.

Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun.

Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nak buat macamana. Hehe.

Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah.

Kalau tak penting tak ada la sebut dalam Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak & ibu juga sempat sembuh.

Dr. Harlina suggests lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abang/kakak dah umur 2++.

Kaedah merancang: semulajadi & cara moden (boleh Google).

Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja

“hm kami nk tunggu lagi 2 tahun”

Tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

“Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?”

Rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya.

Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri & kepandaian mengurus keluarga.

Kerana anak adalah amanah.

Dr.Harlina suggests juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak.

Supaya boleh saling kenal hati budi dalam keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boeh gostan dah. Hihi. Tapi ni depends la pada kehendak masing-masing.

Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4.

Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya

Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna utk orang yg nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je.

Kdg2 kena kaunsel utk morning after pill. Pengalaman yg menarik..)

Allah marah orang membun*h anak kerana takut miskin.

Merancang keluarga bukanlah membun*h anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan

“saya taknak anak dah”

tapi

“sy nak ambil berat dgn anak2 yg sedia ada..”

Kesimpulan

  1. Tanya diri
  2. Tanya keluarga (suami)
  3. Tanya doktor