Zayn Malik Murtad?

Peminat kumpulan One Direction terutamanya wanita pasti mengenali dan sangat meminati Zayn Malik.

Sebagai orang Islam yang paling berpengaruh di Britain, penyanyi Zayn Malik nampaknya telah mencetuskan kontroversi apabila membuat satu kenyataan yang meninggalkan persoalan tentang status agama yang dipegangnya kini.

Di dalam satu temubual bersama majalah British Vogue, Zayn dipetik sebagai berkata

“saya tidak pernah mengakui saya seorang Islam. Saya tidak membuat pengakuan tentang agama yang saya anuti. Saya percaya adanya Tuhan, tetapi neraka? Tidak.”

Bekas anggota One Direction itu juga mengatakan dia percaya jika dia baik, dia akan dapat balasan yang baik juga.

Zayn bagaimanapun mengakui membesar dengan Islam dan diajar ke masjid ketika zaman kanak-kanak, dan mengakui ia sesuatu yang sangat indah.

“Islam agama yang indah, dan saya gembira dibesarkan dengan agama Islam. Ibu bapa saya mengajar saya tentang Islam, tetapi mereka menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan,” tambah Zayn lagi.

Zayn, merupakan anak kepada Yaser Malik, berketurunan British-Pakistan, manakala ibunya Tricia, berketurunan Ireland memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya.

Kepada peminat Zayn, harap dapat doakan semoga beliau mendapat hidayah dan kembali kepada ajaran Islam.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Astro Awani[/su_note]