[VIDEO] Sambut Birthday Tanpa Syamsul di Sisi, Puteri Sarah Doa Rumahtangga Kekal Hingga ke Jannah

Puteri Sarah atau nama sebenar beliau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan seorang pelakon dan model tanah air.

Baru-baru ini, pelakon itu telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020

Menerusi video telah dimuat naik oleh pelakon ini di akaun Instagram, beliau telah berkongsi kemeriahan sambutan hari jadinya itu.

Beliau berharap agar Allah SWT mempermudahkan segala urusanya termasuk bagi tahun seterusnya diruangan kapsyen video berkenaan.

Doakan kesejahteraan keluarga Sarah

“Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku Aamiin”.

“Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni”.

Semoga family bertambah baik

“Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah”.

“Semoga 2021 sarah & family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara2 yg tidak elok  mohon dijauhkan dari gangguan jin & ‘Syaitan’ , Amin”. 

Doakan rumahtangga Sarah berkekalan hingga ke Jannah

Sebelum ini, pelbagai spekulasi tular mengenai perkahwinan dia dan suaminya, Syamsul Yusof dilanda badai sejak kebelakangan ini.

Dimana Puteri Sarah juga turut mengakui bahawa mereka sudah tidak duduk sebumbung lagi.

Selamat ulang tahun buat diri ini yang selalu berjuang tak kenal lelah

Walaubagaimanapun, pelakon drama Evolusi KL Drift: The Series itu tidak lupa berdoa agar keluarga yang dibina sentiasa sejahtera, bahagia dan berkekalan hingga syurga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa dan berharap pelakon ini terus berjaya dalam bidang yang diceburi oleh beliau.

Puteri Sarah seorang wanita yang kuat

Malah perkongsian Puteri Sarah turut mendapat perhatian termasuk rakan-rakan artis yang turut memberi ucapan hari jadi buatnya selain memuji pelakon ini sebagai wanita yang kuat.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.