[VIDEO] “Aafiyah nak cium baby..” Aafiyah Bagi ‘Hint’ Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di negara kita. Bahkan, beliau juga turut mempunyai ramai peminat di Indonesia, Singapura dan Brunei.

Penyanyi nombor satu negara ini sering berkongsi video dan perkembangan terkini beliau di Instagram bersama pengikutnya.

Aafiyah mencium perut Siti berulang kali

Menerusi satu siaran langsung di Instagram, tindakan spontan Aafiyah yang fokus kepada perut ibunya menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Video tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Hot FM dan video tersebut mendapat perhatian ramai.

Tindakan Aafiyah mencium perut Siti berulang kali mengundang spekulasi adakah penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu sedang hamil anak kedua.

Aafiyah nak cium baby

“Aafiyah nak cium baby ni,” itu reaksi spontan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah, dua tahun, menerusi sesi siaran langsung di Instagram penyanyi itu semalam.

Aksi Aafiyah itu seolah-olah memberi ‘hint’ sekali gus membuatkan Siti tidak mampu menghalang anaknya untuk terus mencium perutnya.

Siti turut memberitahu bakal berehat sementara waktu

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapan tahniah dan turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Siti.

Terdahulu, Siti dalam kenyataan sebelum ini juga mengumumkan untuk berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Memetik laporan Harian Metro Siti mengakui merancang untuk menimang cahaya mata kedua tahun ini.

Ini semua rezeki Allah

Menerusi kenyataan itu, Siti akan mendapatkan nasihat doktor kerana perlu melalui proses rawatan kesuburan, In vitro fertilisation (IVF) sama seperti anak sulung.

“Insya Allah, sebab saya pun usia makin meningkat. Saya menyasarkan sebelum usia 43 tahun. Walaubagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosuder sama macam dulu iaitu IVF”.

“Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya”.

Kalau ada rezeki lagi, saya bersyukur

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa”.

“Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti setelah sekian lama. Paling penting, saya kena fikirkan kesihatan saya juga,” katanya.

Menguatkan lagi spekulasi apabila Siti mengambil keputusan untuk tidak terbabit sebagai juri tetap pada program realiti, Big Stage musim ketiga.

Ketiadaan Siti sebagai juri Big Stage menguatkan lagi spekulasi tersebut

Malah, perkara itu diakui Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd. Kamal, ketika sidang media program itu yang menyatakan ketiadaan Siti atas permintaannya yang ingin berehat buat seketika.


Semoga penyanyi kesayangan ramai ini diberikan kesihatan yang baik dan moga ada rezeki menimang cahaya mata kedua buat beliau.