“Saya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin.” – Rayhan Kabir

Setelah hampir dua minggu bersembunyi, akhirnya M Rayhan Kabir berjaya ditemui pihak berkuasa di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

2 minggu bersembunyi Rayhan Kabir akhirnya ditemui polis

Sebelum ini, Rayhan telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya menerusi sebuah video dokumentari..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rayhan melibatkan diskriminasi mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Saya tidak menipu

Memetik laporan Sinar Harian, dia mendakwa kenyataannya itu tidak menipu dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah semasa ditemubual Al-Jazeera.

“Saya tidak menipu mahupun melakukan kesalahan jenayah sewaktu ditemubual Al Jazeera berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia baru-baru ini”, kata Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia semalam.

Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin

Menerusi laporan akhbar The Daily Star di Bangladesh, lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun itu memberitahu dia hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap PATI menerusi program terbitan stesen televisyen antarabangsa itu.

“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini,” katanya.

Rayhan Kabir diusir keluar dan disenaraihitan masuk Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Imigresen iaitu Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan Rayhan Kabir yang diburu sebelum ini adalah bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Datuk Khairul turut mengesahkan bahawa Rayhan akan diusir keluar dan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Dakwaan tidak berasas

Difahamkan, Md Rayhan menjadi buruan selepas membuat dakwaan tidak berasas kononnya wujud diskriminasi kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes koronavirus (Covid-19) melibatkan warga asing.

Dakwaan itu diterbitkan menerusi sebuah dokumentari oleh Al Jazeera pada 3 Julai lalu dan susulan itu polis turut menyiasat mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penyiaran dokumentari tersebut.