Top 6 Makanan Halal di Bali

Adakah anda melancong ke Bali dan mahu mencuba makanan Bali? Jangan risau! Walaupun Bali terkenal dengan masyarakat Hindu dan kedai Babi Guling hampir di setiap sudut lot kedai, hasil permintaan yang semakin meningkat dari pelancong Indonesia domestik dan juga dari pelancong lain di seluruh dunia, kini anda boleh mendapatkan banyak makanan halal tempatan.

Jom lihat 6 (bonus no. 7!) tempat makan halal di Bali.

1. Café De Dapoer at The Radhana Kuta Bali Hotel

Tempat ini mesti dikunjungi! Hanya 15 minit dari lapangan terbang dan 10 minit dari tempat-tempat ‘hotspot’ Bali seperti Pantai Kuta, Galleria Mall, dan Seminyak.

Berkunjung ke kafe ini dan nikmati citarasa Indonesia dengan sentuhan buatan sendiri. Hotel butik bertaraf 3 bintang ini dikenali secara meluas oleh masyarakat Islam atas sokongannya kepada pelbagai acara Islam di Bali. Kafe bertema Jawa dengan perabot kayu dan hiasan pasti memberikan keselesaan dan kesenangan untuk anda menikmati masa yang santai dengan keluarga dan rakan anda.

Alamat: Jalan Raya Kuta No.88R Kuta, Bali
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7am-11pm

2. Raja’s Balinese Restaurant at Nusa Dua Beach Hotel & Spa

Kalau anda melancong di Bali dengan bajet yang besar dan ingin menikmati santapan terbaik Bali dengan suasana mewah, anda wajib datang ke restoran ini di Nusa Dua Beach Hotel & Spa 5-bintang! Lokasi restoran ini hanya beberapa meter dari pantai dan mencerminkan tradisi Bali.



Booking.com



Alamat: Kawasan Pariwisata Nusa Dua, Lot North 4, Nusa Dua, Bali 80363
Waktu Operasi: 5.30pm–10.30pm

3. Bale Udang Mang Engking

Pemenang “Bali Tourism Awards 2015-2016 in Bali’s Leading Thematic Restaurant” ini patut dicuba! Tempat ini terkenal di kalangan masyarakat Indonesia kerana makanan laut segarnya dan juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Indonesia.

 Alamat: (Kuta) Jln. Nakula No.88 Sunset Road, Kuta 80361, Bali
(Ubud) Jl. Raya Goa Gajah, Banjar Teges Kanginan, Desa Peliatan, Ubud, Bali
Waktu Operasi: 11am-10pm.

4. Warung KKN

 Warung ini ditubuhkan 16 tahun yang lalu dan mempunyai banyak pelanggan setia yang menyukai  rasa asli tempatan masakan Bali.

Walaupun penampilan yang sederhana, warung ini disahkan halal oleh MUI (Majlis Islam Indonesia)!

Alamat: Jl Danau Buyan No.36 Sanur, Bali (across McD Sanur)
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 11am-10.30pm

5. Nasi Pedas Ibu Andika

Warung ini juga mempunyai konsep yang sama seperti warung KKN, dengan pelbagai hidangan yang dipamerkan siap untuk dipilih dengan nasi anda.

Perbezaannya ialah warung ini terkenal dengan kepelbagaian sambal atau campuran cili yang dicampurkan dengan beberapa bahan atau herba.

Alamat: Jalan Raya Tuban No.120C, Tuban, Bali
Waktu Operasi: 24 jam!

6. Bali Buda

Adakah anda peminat makanan yang sihat? Vegetarian? Atau diet? Jika ya, anda tidak pasti seronok dengan kewujudan kafe ini!

Kafe ini menyediakan ‘makanan sebenar’ daripada sumber organik. Semuanya tumbuh secara tempatan dan dibuat dengan tangan. Terdapat juga sebuah kedai kecil di kafe yang mempunyai rangkaian penjagaan kulit asli dan produk rumah tangga, dibekalkan hanya oleh perniagaan tempatan kecil di seluruh Bali.

Alamat: #1 Bali Buda Ubud, Jl Jembawan 1 Ubud, Mas, Gianyar

#2 Bali Buda Kerobokan, Jl Banjar Anyar 24 Kerobokan

#3 Bali Buda Bukit, Jl Raya Uluwatu Br Wanagiri Nusa Dua, Badung

Waktu Operasi: 6am-10pm

7. FAST FOOD

Ya, bonus untuk anda yang baca sampai habis. Semua Fast Food di Bali adalah HALAL seperti KFC, CFC, Burger King, A&W, Domino’s Pizza, Pizza Hut, Starbucks, McDonalds danWendys.

Jadi jangan risau kalau lapar tengah malam, jalan kaki je ke pantai Kuta dan anda boleh makan fast food yang ada di sana.